PENYELIDIKAN

Projek Pendigitalan Manuskrip UniSZA

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi amanah dan tanggungjawab kepada UniSZA untuk melaksanakan Projek Pendigitalan Manuskrip Islam dan Alam Melayu.

Projek ini bertujuan mengesan manuskrip ulama alam melayu hardcopy atau softcopy yang terdapat di dalam atau di luar Malaysia.

Projek ini memfokuskan manuskrip ulama alam melayu dahulu di Terengganu, koleksi Malcom MacDonald Durham University, United Kingdom, koleksi manuskrip di Arab Saudi, ulama di Kepulauan Melayu Aceh dan Riau, koleksi manuskrip ulama di Pattani, koleksi Istana Terengganu dan kesultanan Brunei, koleksi manuskrip ulama alam melayu di kedah dan Universiti Paris - Sorbonne, Perancis, Universiti Leiden, Belanda dan Portugal.

Bagi menjayakan projek ini, jaringan kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) telah dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Produk dan Tamadun Melayu Islam (INSPIRE), UniSZA dengan beberapa institusi seperti Arkib Negara Malaysia, Negeri Terengganu. Muzium, Universiti Durham, United Kingdom dan banyak lagi.

Persidangan Terkini

Inspire Banner main International postgraduate research Conference

International Journal Of Islamic Products And malay Civilization

Penghantaran Artikel

Laman Web

Tentang Jurnal

Hubungi Kami

Soalan Lazim (FAQ) - INSPIRE UniSZA

Umum / Pengenalan Inspire

1. Apakah itu INSPIRE UniSZA?

INSPIRE UniSZA (Research Institute of Islamic Product and Malay Civilization) ialah pusat penyelidikan di UniSZA yang menerajui kajian dalam bidang produk Islam, peradaban Melayu Islam, dan pendigitalan manuskrip ilmiah.

2. Apakah bidang tumpuan penyelidikan INSPIRE?

Bidang tumpuan penyelidikan INSPIRE merangkumi bidang Maqasid Syariah, Pemikiran dan Peradaban Islam, Manuskrip dan Warisan Islam, serta Pengurusan Halal, Wakaf dan Zakat. Maklumat lanjut boleh dirujuk di bahagian NIC di portal rasmi INSPIRE.

3. Siapakah yang boleh berurusan dengan INSPIRE?

Terbuka kepada pelbagai pihak termasuk pelajar pascasiswazah, penyelidik, ahli akademik, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, dan wakil industri yang berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama INSPIRE.

Pengunjung

503200
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Semua Hari
5
145
1064
500998
2328
5642
503200