Soalan Lazim (FAQ) - INSPIRE UniSZA
Umum / Pengenalan Inspire
1. Apakah itu INSPIRE UniSZA?
INSPIRE UniSZA (Research Institute of Islamic Product and Malay Civilization) ialah pusat penyelidikan di UniSZA yang menerajui kajian dalam bidang produk Islam, peradaban Melayu Islam, dan pendigitalan manuskrip ilmiah.
2. Apakah bidang tumpuan penyelidikan INSPIRE?
Bidang tumpuan penyelidikan INSPIRE merangkumi bidang Maqasid Syariah, Pemikiran dan Peradaban Islam, Manuskrip dan Warisan Islam, serta Pengurusan Halal, Wakaf dan Zakat. Maklumat lanjut boleh dirujuk di bahagian NIC di portal rasmi INSPIRE.
3. Siapakah yang boleh berurusan dengan INSPIRE?
Terbuka kepada pelbagai pihak termasuk pelajar pascasiswazah, penyelidik, ahli akademik, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, dan wakil industri yang berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama INSPIRE.
4. Bagaimanakah cara menghubungi INSPIRE?
INSPIRE boleh dihubungi melalui maklumat yang tertera di bahagian Hubungi Kami di portal rasmi INSPIRE.
5. Adakah Inspire mempunyai akaun media sosial rasmi?
Ya. Anda boleh mengikuti perkembangan terkini melalui Facebook dan TikTok rasmi Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam - INSPIRE.
Penyelidikan & Akademik
1. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat berkenaan program Sarjana dan PhD di INSPIRE?
Maklumat berkenaan program pengajian peringkat Sarjana dan PhD di INSPIRE boleh didapati di bahagian Akademik di portal rasmi INSPIRE.
2. Apakah jenis penyelidikan yang dijalankan di INSPIRE?
INSPIRE menjalankan penyelidikan yang berfokus kepada pengembangan ilmu dan produk berteraskan peradaban Melayu Islam. Maklumat lanjut boleh dirujuk di bahagian Akademik di portal rasmi INSPIRE.
3. Bagaimanakah cara memohon geran penyelidikan melalui INSPIRE?
Maklumat berkenaan geran penyelidikan boleh dirujuk di bahagian penyelidikan di portal rasmi atau berhubung secara terus dengan pihak pengurusan INSPIRE.
4. Apakah fungsi Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin di INSPIRE?
Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin berfungsi sebagai platform akademik dan penyelidikan yang berperanan memartabatkan ilmu dan peradaban Islam.
5. Siapakah penyelidik bersekutu atau felo di INSPIRE?
Maklumat berkaitan penyelidik bersekutu atau felo di INSPIRE boleh didapatkan di bahagian Profil di portal rasmi INSPIRE.
6. Bagaimanakah cara hendak mendaftar sebagai pelajar di INSPIRE?
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi UniSZA, tertakluk kepada syarat kelayakan program yang ditawarkan oleh INSPIRE. Maklumat lanjut berkaitan program pengajian di bahagian Akademik di portal rasmi INSPIRE.
7. Berapakah kadar yuran pengajian di INSPIRE?
Pelajar Tempatan:
Sepenuh Masa
| Program | Semester 1 | Semester 2 dan ke atas | Peperiksaan (Tesis) |
|---|---|---|---|
| Sarjana | RM 1385.00 | RM 865.00 | RM 500.00 |
| PhD | RM 1435.00 | RM 865.00 | RM 1000.00 |
Separuh Masa
| Program | Semester 1 | Semester 2 dan ke atas | Peperiksaan (Tesis) |
|---|---|---|---|
| Sarjana | RM 1285.00 | RM 765.00 | RM 500.00 |
| PhD | RM 1335.00 | RM 765.00 | RM 1000.00 |
Pelajar Antarabangsa:
| Program | Semester 1 | Semester 2 dan ke atas | Peperiksaan (Tesis) |
|---|---|---|---|
| Sarjana | RM 3170.00 | RM 2500.00 | RM 800.00 |
| PhD | RM 3170.00 | RM 2500.00 | RM 1300.00 |
8. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan syarat kemasukan pelajar ke INSPIRE?
Maklumat lanjut berkenaan syarat kemasukan pelajar di bahagian Rujukan di portal rasmi INSPIRE.
9. Jika saya sebagai seorang pelajar ingin menghasilkan tesis, di manakah saya boleh mendapatkan panduan?
Panduan untuk penulisan tesis boleh didapati di bahagian Rujukan di portal rasmi INSPIRE.
10. Adakah terdapat sebarang format penulisan abstrak?
Ya. Pelajar boleh merujuk panduan tersebut di bahagian Rujukan di portal rasmi INSPIRE.
Program & Aktiviti
1. Apakah program utama yang dianjurkan oleh INSPIRE setiap tahun?
INSPIRE menganjurkan pelbagai program utama setiap tahun termasuk seminar, bengkel, kolokium, dan persidangan. Maklumat semasa boleh dirujuk di bahagian Utama di portal rasmi INSPIRE dan akaun media sosial INSPIRE.
2. Bagaimana cara untuk mengadakan kerjasama dengan INSPIRE bagi penganjuran program?
Pihak yang berminat boleh berhubung di talian 09-8198434/8598, melalui e-mel di alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau terus ke Pejabat INSPIRE yang terletak di Aras 2, Blok D, UniSZA Kampus Gong Badak.
3. Adakah INSPIRE menerima penyertaan pelajar luar?
Ya.
Kolaborasi & Jaringan
1. Bagaimana cara menjalin kerjasama akademik atau pameran dengan INSPIRE?
Pihak yang berminat boleh mengemukakan permohonan rasmi kepada Profesor Madya Dr. Mohamad Zaidin Bin Mat@Mohamad, Pengarah INSPIRE, di talian 09-8198706.
2. Siapa yang boleh dihubungi untuk urusan MoU/MoA?
Sebarang urusan berkaitan MoU/MoA, boleh berhubung dengan Encik Muhamad Hafiy bin Abd Malek, di talian 011-1148 0581 atau e-mel di alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
3. Adakah INSPIRE terbuka untuk kerjasama industri atau komuniti?
Ya.
Penerbitan & Dokumentasi
1. Di manakah penerbitan INSPIRE boleh didapati?
Penerbitan INSPIRE termasuk buku dan jurnal akademik, boleh didapati melalui portal rasmi INSPIRE di bahagian Penerbitan.
2. Adakah INSPIRE menerbitkan jurnal atau prosiding rasmi?
Ya.
3. Bagaimanakah cara menyumbang artikel atau bahan ilmiah kepada INSPIRE?
Permohonan boleh dibuat dengan merujuk portal International Journal of Islamic Products and Malay Civilization atau menghubungi pihak INSPIRE melalui maklumat yang disediakan di bahagian Hubungi Kami di portal rasmi.
Warisan & Tamadun Melayu-Islam
1. Apakah fokus utama Unit Warisan dan Ketamadunan di INSPIRE?
Unit Warisan dan Ketamadunan memberi tumpuan kepada kajian, pemeliharaan, dan penyebaran manuskrip serta warisan Melayu Islam yang bernilai dari segi sejarah dan budaya.
2. Adakah INSPIRE menyimpan koleksi manuskrip asli?
Ya, ada.
3. Bagaimana cara mendapatkan akses kepada arkib atau koleksi INSPIRE?
Akses kepada arkib dan koleksi INSPIRE boleh diperoleh melalui portal UniSZA e-Manuskrip. Maklumat lanjut boleh dirujuk di bahagian utama di portal rasmi INSPIRE.
Peluang & Sokongan
1. Adakah terdapat peluang latihan industri di INSPIRE?
Ya, ada.
2. Bagaimana cara menjadi felo penyelidik di INSPIRE?
Untuk menjadi felo penyelidik di INSPIRE, individu perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada pihak pengurusan INSPIRE beserta dokumen sokongan seperti CV, cadangan penyelidikan, dan rekod penerbitan akademik. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi pejabat INSPIRE melalui bahagian Hubungi Kami di portal rasmi.
Pertanyaan Teknikal & Laman Web
1. Bagaimanakah cara untuk melaporkan masalah capaian laman web INSPIRE?
Sebarang masalah capaian laman web INSPIRE boleh dilaporkan melalui saluran komunikasi di bahagian Hubungi Kami di portal rasmi.
2. Siapa yang perlu dihubungi jika terdapat kesilapan maklumat dalam portal?
Sekiranya terdapat kesilapan maklumat dalam portal INSPIRE, laporan boleh dibuat melalui saluran komunikasi di bahagian Hubungi Kami di portal rasmi.