Berita

May be an image of 4 people and text
 
Pada 19 hingga 22 November 2023 lepas, kerja-kerja penjejakkan dan pendigitalan manuskrip berkaitan Ulama Alam Melayu di Kedah yang merupakan sub projek ke 7 di bawah Projek Pendigitalan Manuskrip (PPM) UniSZA. Gerak kerja yang bermula di Jabatan Mufti Kedah, Perpustakaan Negeri Kedah dan Muzium Negeri Kedah selain melibatkan beberapa individu seperti waris sejarawan Kedah Allahyarham Dato’ Wan Shamsuddin dan Tuan Guru Syeikh Wan Izzudin, Pondok Gajah Mati yang mempunyai beberapa koleksi berkaitan dengan Ulama Alam Melayu telah dilakukan.
Kumpulan penyelidik yang telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hasrul bin Shuhari, Dr. Hanif bin Md Lateh @ Junid, Dr. Muhammad Rashidi bin Wahab dan ahli penyelidik bersekutu, Dr. Farid Mat Zin (UKM). Sewaktu lawatan tersebut, kumpulan penyelidik turut melakukan penjejakkan sumber di Galeri Ulama Kedah milik Ustaz Tengku Yusuff dan Galeri Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah (Pondok Pak Ya). Gerak kerja pasukan penyelidik serta dua ahli kumpulan teknikal telah berjaya menjalankan kerja-kerja pengimbasan manuskrip
berkaitan Ulama Alam Melayu dan telah mendigitalkan sebanyak 69 naskhah (3987 halaman).
 
May be an image of 3 people, dais and text
 
Pengarah INSPIRE, Prof. Madya Dr. Mohamad Zaidin bin Mat@Mohamad yang turut serta dalam kumpulan tersebut telah mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan selain memperincikan skop kerjasama yang boleh dilaksanakan.
Pihak INSPIRE berharap dengan kerjasama seperti ini akan dapat melancarkan lagi kerja-kerja penjejakan dan pendigitalan manuskrip dan seterusnya menjadikan UniSZA berada di landasan yang terbaik dalam memelihara khazanah negara demi tatapan generasi akan datang.
 
May be an image of 4 people, children's toy and text

NADWAH ULAMA NUSANTARA KALI KE-10

pamer 1

 

Menyediakan wadah bagi ilmuwan dan agamawan Islam di Nusantara untuk membincangkan isu-isu kontemporari berkaitan naskhah ulama Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu khususnya berkaitan pembangunan ekonomi umat Islam di Malaysia;
Menyedia medium percambahan dan perkongsian ilmu dalam kalangan ahli akademik UniSZA, cendekiawan luar yang terlibat:
 
Ucaptama 1Ucaptama 2Ucaptama 3Ucaptama 4Ucaptama 5Ucaptama 6Ucaptama 7Ucaptama 8Ucaptama 9Ucaptama 10
 


May be an image of 12 people and text

 

17 JANUARI 2024 (RABU) - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) telah mengadakan kunjungan hormat serta perbincangan bersama Yayasan Warisan Johor (YWJ) di Johor Bharu.
 
Perbincangan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Yayasan Warisan Johor itu berkisar tentang potensi kolaborasi antara dua institusi terutamanya dalam pendigitalan manuskrip koleksi YWJ.
Perbincangan tersebut diketuai oleh Dato Naib Canselor Prof. Dato' Dr. Fadzli Adam serta dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Ts. Dr. Shukor Abdul Razak, Pengarah INSPIRE Prof. Madya Dr. Zaidin Mat@Mohamad dan Timbalan Pengarah INSPIRE Prof. Madya Ts. Dr.. Fatma Susilawati Mohamad. Manakala YWJ dipengerusikan oleh Pengarah, Encik Fairuzahri Jalaludin serta dihadiri pegawai-pegawai kanan YWJ dari bahagian Pemuziuman, Persuratan dan Sejarah, Unit Pengurusan Koleksi dan Konservasi Artifak dan Galeri Tenun Johor.
Satu persetujuan telah dicapai agar Memorandum Persefahaman (MoU) antara UniSZA dan YWJ dapat ditandatangani dalam masa terdekat bagi memuktamatkan bidang kerjasama antara pihak UniSZA dan YWJ.
 
May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people, dais and text that says "YAYASAN WARISAN JOHOR"

INSPIRE DAN PUSTAKA KHAZANAH FATHANIYAH MEMETERAI PERJANJIAN PENDIGITALAN MANUSKRIP

 

May be an image of 12 people and text

Universiti Sultan Zainal Abidin melalui Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) hari ini telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) berkaitan pendigitalan manuskrip Koleksi Pustaka Khazanah Fathaniyah bertempat di UniSZA Kampus Putrajaya. Koleksi manuskrip serta dokumen berkaitan ulama dan kesultanan Melayu tersebut yang dianggarkan melebihi 2000 nashkah akan didigitalkan oleh kumpulan penyelidik INSPIRE secepat mungkin.
 
Majlis menandatangani MoU tersebut diketuai oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Fadzli Adam bersama Timbalan Naib Canselor Penyelidkan dan Inovasi, Prof. Ts. Dr. Shukor Abdul Razak turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi UniSZA yang lain seperti Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Zuhairah Abd Ghadas, Bendahari UniSZA, Encik Suhaili Mohd, Pengarah Pusat Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i), Prof. Madya Ts. Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin, Pengarah INSPIRE, Prof. Madya Dr. Mohamad Zaidin Mat@Mohamad, Timbalan Pengarah INSPIRE, Prof. Madya Ts. Dr. Fatma Susilawati Mohamad dan lain-lain. Manakala pihak Pustaka Khazanah Fathaniyah pula diwakili oleh Cik Wan Jumanatun Nailiah Wan Muh Syahrir, Penjaga Koleksi Pustaka Khazanah Fathaniyah bersama Encik Abd Halim Muhamed, Setiausaha Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara (PENGKAJI), Pustaka Khazanah Fathaniyah.
 
May be an image of 2 people and text
 
MoU ini merupakan susulan perbincangan kerjasama yang telah dilakukan antara INSPIRE dan Pustaka Khazanah Fathaniyah di pejabat Pustaka Khazanah Fathaniyah di Kuala Lumpur pada 25 Januari yang lalu. Perbincangan tersebut diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bersama Timbalan Pengarah INSPIRE serta dua (2) penyelidik INSPIRE telah berjaya mendapat persetujuan awal untuk mendigitalkan koleksi manuskrip Pustaka Khazanah Fathaniyah yang dianggarkan sebanyak 2000 nashkah. Kerjasama ini diharap dapat membuka pintu ke arah banyak lagi peluang kerjasama yang lain terutamanya dalam bidang pengkajian manuskrip antara kedua pihak bagi manfaat generasi kini dan akan datang.

May be an image of 11 people, dais and text

 
 
Perbincangan bersama YBhg. SS Dato' Dr. Haji Mohamad Sabri Bin Haron, Mufti Negeri Terengganu berhubung penubuhan Kursi Mufti Negeri Terengganu di UniSZA. Hadir sama pada perbincangan tersebut adalah Timbalan Mufti, Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi Bin Syed Omar dan Encik Ihsanuddin bin Ismail, Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Mufti.
Perbincangan yang dipengerusikan sendiri SS Dato’ Mufti turut di sertai oleh sebahagian ahli jawatankuasa task force penubuhan kursi yang di ketuai oleh ketua jawatankuasa Prof. Madya Dr. Wan Mohd Yusof Wan Chik, Turut hadir ialah Prof. Madya Dr. Wan Mohd Khairul Firdaus, Ketua Kluster Penyelidikan Pejabat TNC Penyelidikan, Dr. Ahmad Faizol Ismail, Pengarah WAKAF UniSZA, Prof. Madya Dr. Muhammad Shahrul Ifwat dan Dr. Noorsafuan Che Noh, felo Penyelidik INSPIRE dan Ustaz Khiral Daud daripada Fakulti Pengajian Kontemporari Islam.