Berita

 
 
 
Seluruh Warga Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Islam (INSPIRE) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan TAHNIAH kepada
Prof. Madya Dr. Baharuddin bin Zainal
atas kejayaan merangkul Pingat Perak menerusi projek inovasi:
"Kompendium Falak Pramoden Malayonesia" (Kluster Pendidikan)
dalam Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI 2025) yang berlangsung pada 14–15 Mei 2025 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS) & Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua penyelidik dan pengkaji di INSPIRE untuk terus melakar kejayaan dalam bidang penyelidikan dan inovasi.
 
 
Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), UniSZA dengan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Majlis Tertinggi Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa, Residen Siswa, dan Ketua Blok (JKPSRSKB) INASIS PETRONAS, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 6 Mei 2025 (Selasa).
Lawatan ini bertujuan untuk:
 
🤝 Mengukuhkan jaringan silaturrahim antara dua institusi
 
💡 Berkongsi idea dan amalan terbaik
 
📚 Menjalin kerjasama strategik dalam bidang kepimpinan dan pembangunan mahasiswa
 
🏛️ Meneroka keunikan INSPIRE sebagai pusat penyelidikan berteraskan tamadun Melayu Islam
Semoga lawatan ini membuka lebih banyak ruang kerjasama yang bermakna dan memberi manfaat bersama dalam memperkasa agenda pendidikan dan pembangunan mahasiswa!
 
 
 
 

✨ Syawal Dirai, Ukhuwah Dipererat ✨
Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), UniSZA telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 29 April 2025, sebagai usaha memupuk semangat kekeluargaan dan mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga institut dan kakitangan UniSZA.

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis ini. Semoga kemesraan yang terjalin terus mengukuhkan kerjasama dan semangat perpaduan dalam memartabatkan ilmu dan ketamadunan Melayu Islam.

📸 Saksikan momen-momen indah sepanjang program di bawah!

494699573 1180000177250561 4769450215264957542 N
494898560 1180000693917176 1979191211094059530 N
495114236 1180000507250528 592787640723945022 N
495220632 1180000803917165 8889964093879250659 N
495494430 1180000280583884 5923827928844904204 N
496006735 1180000487250530 6727736352389890157 N

#INSPIREUniSZA
#JamuanHariRayaINSPIRE
#SyawalDiraiUkhuwahDipererat
#KetamadunanMelayuIslam
#Syawal1446H
#UniSZA

MAJLIS PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA UniSZA, IKIM DAN PSSCM MENGFOKUSKAN BIDANG PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN KETEMADUNAN MELAYU ISLAM
 
 
KON 3380 1 11zon
KON 3381 2 11zon
KON 3382 3 11zon
KON 3384 4 11zon
KON 3387 5 11zon
KON 3393 1 11zon
KON 3406 2 11zon
KON 3418 3 11zon
KON 3420 4 11zon
KON 3427 1 11zon
KON 3430 2 11zon
KON 3433 3 11zon
KON 3434 4 11zon
KON 3437 5 11zon
KON 3478 1 11zon
KON 3487 2 11zon
KON 3509 3 11zon
KON 3516 1 11zon
KON 3516 4 11zon
KON 3540 2 11zon
KON 3570 2 11zon
KON 3580 3 11zon
KON 3587 4 11zon
KON 3596 1 11zon
KON 3603 2 11zon
KON 3610 3 11zon
KON 3616 4 11zon
KON 3661 1 11zon
KON 3667 2 11zon
KON 3674 3 11zon
KON 3677 4 11zon
KON 3713 1 11zon
KON 3717 2 11zon
KON 3735 3 11zon
KON 3751 4 11zon
Kuala Nerus, 23 Februari 2025
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini telah memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bangunan Canselori UniSZA. Majlis tersebut bertujuan memperkasakan penyelidikan dan penerbitan berkaitan kefahaman agama, nilai sejarah ketamadunan Melayu-Islam serta peranan Silat Cekak dalam perkembangan agama dan ketemadunan di Tanah Melayu.
Majlis telah disempurnakan oleh Naib Canselor UniSZA, yang dalam ucapannya menekankan bahawa kolaborasi ini bukan sekadar perjanjian formal, tetapi langkah strategik untuk mengkaji dan mendokumentasikan penerbitan islam demi kepentingan ummah serta silah Silat Cekak sebagai warisan budaya yang kaya dengan falsafah dan nilai keislaman. Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa platform penerbitan yang disediakan oleh IKIM akan memperluaskan capaian hasil kajian kepada masyarakat umum dan dunia akademik yang akan dibuka kepada pengkaji-pengkaji di ketiga-tiga pihak yang terlibat.
Presiden PSSCM pula menegaskan bahawa Silat Cekak bukan sahaja seni bela diri, tetapi medium penting dalam memahami sejarah dan budaya Melayu-Islam. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IKIM memaklumkan bahawa institusi tersebut komited untuk menyokong penerbitan hasil penyelidikan ini melalui pelbagai saluran media dan platform ilmiah yang disediakan IKIM.
Majlis berakhir dengan sesi menandatangani MoU dan sesi bergambar sebagai simbolik permulaan kerjasama yang bakal memberi manfaat jangka panjang kepada pembangunan ilmu dan warisan budaya negara.
Majlis menandatangani MoU ini telah dijayakan dengan kehadiran di pihak IKIM oleh Profesor Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty (Pengerusi, Institut Kefahaman Islam Malaysia,IKIM) disaksikan oleh Profesor Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil (Ketua Pengarah, IKIM). Di pihak PSSCM dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Maiden bin Kadir Shah (Presiden dan Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia,PSSCM) disaksikan oleh Encik Mohd Hafiz bin Jamil (Setiausaha Agung, PSSCM).
Majlis menandatangani MoU ini turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abdul Razak (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, UniSZA) sebagai saksi di pihak UniSZA, YBrs. Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusof (Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UniSZA), YBrs. Encik Muzafar bin Mohd Din (Pendaftar, UniSZA), YBrs. Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany (Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan UniSZA), YBrs. Prof. Madya. Dr. Mohamad Zaidin bin Mat @ Mohamad (Pengarah INSPIRE, UniSZA), Felo Penyelidik ketiga-tiga pihak dan pegawai kanan daripada kesemua organisasi terlibat. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen bersama dalam merealisasikan aspirasi dan objektif kerjasama strategik ini.
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
 
 
PUTRAJAYA, 27 November 2024 – Festival IDEA Putrajaya (FOI) 2024 menyaksikan kehadiran tokoh-tokoh penting dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam usaha menyokong inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memperkasakan generasi muda.
 
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, bersama barisan kepimpinan UniSZA, termasuk Naib Canselor, YBhg. Profesor Dato' Dr. Fadzli bin Adam, serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), YBhg. Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff, turut hadir dalam acara berprestij ini di PFOI Hall 6, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
 
 
Turut sama memeriahkan pameran ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, YBhg. Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak, serta Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Zuhairah Ariff Binti Abd Ghadas. Kehadiran mereka diiringi oleh Pengarah Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), YBrs. Prof. Madya Dr. Zaidin bin Mat @ Mohammad, bersama Timbalan Pengarah INSPIRE dan semua felo penyelidik INSPIRE yang memberi kerjasama penuh kepada kejayaan penglibatan unisza kali ini. Selain itu, penglibatan rakan kerjasama yang lain seperti Universiti Malaysia Terengganu, Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, FUPL, ESERI, FKI UniSZA, Khazanah Fataniyah dan juga pihak individu.
 
Kehadiran delegasi UniSZA ini menzahirkan komitmen universiti dalam menyokong pembangunan kerjaya pelajar melalui platform yang mendorong inovasi dan kreativiti. Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Fadzli, menyatakan bahawa FOI 2024 membuka peluang besar kepada pelajar untuk menonjolkan bakat dan meneroka potensi kerjaya di peringkat antarabangsa.
 
"Festival seperti ini adalah pemangkin kepada generasi muda untuk melangkah lebih jauh dalam dunia pekerjaan dan inovasi," katanya.
Festival IDEA Putrajaya 2024 merupakan platform strategik untuk memperkukuh jaringan antara institusi pendidikan, industri, dan pelajar, sejajar dengan aspirasi KPT dalam melahirkan bakat-bakat berkualiti untuk masa depan negara.