uncategorised

NIC INSPIRE

MAQASID SYARIAH

Maslahah kehidupan berkisar pada lima elemen, iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta, terungkap dalam Maqasid Syariah. Calon didedahkan kepada ilmu Maqasid Syariah untuk memahami kandungan dan kelangsungan hidup untuk mendapat kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Pengetahuan tentang Maqasid Syariah adalah pra-syarat untuk mencapai ijtihad. Maqasid Syariah menyelusuri alasan perundangan, keputusannya, objektifnya dan tujuan sebahagian dan keseluruhannya, umum dan khusus, dalam pelbagai bidang dan bab. Selain itu, ia memungkinkan ahli hukum membuat rumusan bagi membantu dalam memahami, menentukan, serta melaksanakan keputusan. Pengetahuan mengenai tujuan Syariah adalah salah satu bukti kesahihan fiqah ahli hukum. Juga, pengetahuan ini menyumbang untuk memperoleh kemampuan mujtahid bagi menyeimbangkan antara kepentingan, kebaikan dan keburukan serta yang paling penting diutamakan daripada yang penting.

PEMIKIRAN DAN PERADABAN ISLAM

Pemikiran yang mendasari dan mendefinisikan peradaban sewajarnya difahami dalam melanjut dan memperkasakan tamadun itu sendiri. Pemikiran Islam yang mengatur semua aspek kehidupan manusia, seperti politik, kemasyarakatan, ekonomi, kebudayaan dan akhlak, membentuk sahsiah ummah dalam keperihalan kehidupan yang pelbagai. Peradaban secara istilah merupakan ketamadunan serta keadaan bagi meningkatkan kemajuan kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa dan masyarakat.

MANUSKRIP DAN WARISAN ISLAM

Manuskrip sebagai suatu warisan Islam memuat dan menampilkan ciri-ciri peradaban yang seharusnya dikongsi oleh semua generasi. Mengenali dan memahami kandungannya semestinya merupakan suatu yang penting dalam mengangkat kehidupan semasa dan akan datang. Manuskrip adalah satu naskhah tulisan tangan yang sangat bernilai. Manuskrip Islam pula merujuk kepada karya yang bertulisan tangan, terutamanya dalam tulisan Arab, Jawi dan lain-lain. Ia dihasilkan sejak berkurun lamanya dalam pelbagai bahasa mengenai alam dan warisan peradaban Islam. Ilmu yang terakam dalam manuskrip Islam merangkumi pelbagai bidang.

PENGURUSAN HALAL, WAKAF DAN ZAKAT

Islam yang merangkumi segala segi bertujuan memartabatkan kehidupan menerusi cara yang selamat dan diredhai Illahi. Pengurusan halal, wakaf, zakat, dan sumber kewangan serta teknologi seharusnya berlangsung dalam keperihalan tersebut. Di samping itu, pengurusan wakaf merupakan salah satu instrumen penting dalam perbendaharaan negara kerana berupaya menyumbang dalam sektor kebajikan secara kekal dan berterusan. Ia juga mampu menjana pembangunan negara seperti pembangunan ekonomi, sosial, pendidikan, perubatan, keusahawanan dan sebagainya. Pengurusan zakat mempunyai banyak kepentingan dan kelebihan yang merangkumi pelbagai aspek seperti agama, politik, ekonomi dan sosial bukan sahaja kepada masyarakat Islam bahkan manusia seluruhnya. Pengurusan zakat secara efisien dan sistematik mampu melonjakkan potensi zakat sebagai instrumen pembangunan umat Islam. Di samping itu, pemanfaatan dana zakat secara optimum dapat meningkatkan kualiti dan potensi masyarakat terutamanya umat Islam. Graduan dalam bidang ini mempunyai peluang besar untuk bekerja dalam industri halal yang mempunyai potensi besar di seluruh dunia.

KURIKULUM BERSEPADU DINI- USULUDDIN TINGKATAN TIGA - (Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar)

1. MELAYU AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR - (Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah)

2. PERSEPSI BELIA CINA TERHADAP POLITIK MELAYU - (Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah)

 

 

SENARAI PELAJAR SARJANA

Bil. Pelajar Nama Kursus Penyelia Status
1 WRIKAT ADNAN TAWFIQ MOHAMMAD DOKTOR FALSAFAH PERADABAN ISLAM DR. ANAS BIN MOHD YUNUS
2 MOHAMAD MURAD BIN MAHYUDIN MUHEJI DOKTOR FALSAFAH PERADABAN ISLAM DR. WAN KHAIRUL AIMAN BIN WAN MOKHTAR
3 MOHAMAD HERMAN BIN ABDULLAH DOKTOR FALSAFAH PERADABAN ISLAM PROF. DR. FADZLI BIN ADAM
4 NIK ANIS SUHAILAH BINTI NIK MOHD DOKTOR FALSAFAH PERADABAN ISLAM PROF. DR. FADZLI BIN ADAM
5 SITI KHATIJAH BT YASIN DOKTOR FALSAFAH PERADABAN ISLAM PROF. DR. FADZLI BIN ADAM
6 SITI ROKIAH BINTI AB RAHMAN DOKTOR FALSAFAH PERADABAN ISLAM PROF. DR. FADZLI BIN ADAM
7 PERMANA INDRA MARTIAN DOKTOR FALSAFAH PERADABAN ISLAM PROF. DR. FADZLI BIN ADAM
8 FAKHRATU NAIMAH BINTI MUHAD DOKTOR FALSAFAH PERADABAN ISLAM PROF. DR. FADZLI BIN ADAM
9 MOHD AMIRUL ISMA BIN MD YUSUF DOKTOR FALSAFAH PERADABAN ISLAM PROF. DR. WAN KHAIRUL FIRDAUS WAN KHAIRULDIN
10 SALEM IMAD S.A DOKTOR FALSAFAH PERADABAN ISLAM PROF. MADYA DR. NAJIHAH BINTI ABD WAHID

SENARAI PELAJAR SARJANA

Bil. Pelajar Nama Kursus Penyelia Status
1 MUHAMMAD SYAKIR NAIM BIN MOHD BASRI SARJANA PERADABAN ISLAM PROF. DR. FADZLI BIN ADAM
2 AHMAD FAHMI BIN MOKHTAR SARJANA PERADABAN ISLAM PROF. DR. FADZLI BIN ADAM
3 UMMUL MAISARAH BINTI MOHD ARIFFIN SARJANA PERADABAN ISLAM PROF. MADYA DR. NAJIHAH BINTI ABD WAHID
4 MUHAMMAD HAFIY BIN ABD MALEK SARJANA PERADABAN ISLAM PROF. MADYA DR. NAJIHAH BINTI ABD WAHID
5 ABDALLA ELTAYEB MUSA MOHAMED SARJANA PERADABAN ISLAM PROF. MADYA DR. WAN MOHD YUSOF BIN WAN CHIK
6 ALNAYIDH ABDULSALAM SALIM ABRAHEEM SARJANA PERADABAN ISLAM PROF. MADYA DR. WAN MOHD YUSOF BIN WAN CHIK
7 AHMAD BASYA BIN FADZILLAH SARJANA PERADABAN ISLAM PROF. DR. WAN KHAIRUL FIRDAUS WAN KHAIRULDIN
8 MUHAMMAD AZIZULHAKIM TENANG BIN ZAMBRI SARJANA PERADABAN ISLAM PROF. DR. WAN KHAIRUL FIRDAUS WAN KHAIRULDIN
9 FAISAL BIN MOHD NAJIB SARJANA PERADABAN ISLAM PROF. MADYA DR. SYED HADZRULLATHFI BIN SYED OMAR