PENYELIDIKAN

Projek Pendigitalan Manuskrip UniSZA

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi amanah dan tanggungjawab kepada UniSZA untuk melaksanakan Projek Pendigitalan Manuskrip Islam dan Alam Melayu.

Projek ini bertujuan mengesan manuskrip ulama alam melayu hardcopy atau softcopy yang terdapat di dalam atau di luar Malaysia.

Projek ini memfokuskan manuskrip ulama alam melayu dahulu di Terengganu, koleksi Malcom MacDonald Durham University, United Kingdom, koleksi manuskrip di Arab Saudi, ulama di Kepulauan Melayu Aceh dan Riau, koleksi manuskrip ulama di Pattani, koleksi Istana Terengganu dan kesultanan Brunei, koleksi manuskrip ulama alam melayu di kedah dan Universiti Paris - Sorbonne, Perancis, Universiti Leiden, Belanda dan Portugal.

Bagi menjayakan projek ini, jaringan kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) telah dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Produk dan Tamadun Melayu Islam (INSPIRE), UniSZA dengan beberapa institusi seperti Arkib Negara Malaysia, Negeri Terengganu. Muzium, Universiti Durham, United Kingdom dan banyak lagi.

Persidangan Terkini

uncategorised

Visi

Menjadi pemangkin dalam penyelidikan berteraskan peradaban Islam yang memacu kepada penerokaan dan pengembangan ilmu peradaban Islam bertaraf antarabangsa yang dapat membangunkan masyarakat Islam. MISI

Misi

Menyediakan program akademik dan kegiatan penyelidikan yang melahirkan siswazah dan tokoh pemikir yang berupaya menjadi sumber sinergi bagi pemantapan serta pengembangan produk dan ilmu peradaban Islam.

Matlamat

INSPIRE bertekad untuk menjadi sebuah institut penyelidikan ke atas produk serta pengembangan ilmu peradaban Islam di peringkat antarabangsa secara sistematis dan terpusat di UniSZA. Ia akan menjadi pusat wacana dan rujukan keilmuan berkaitan dengan peradaban Islam khususnya peradaban Islam alam Melayu.

Latar Belakang

INSPIRE telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Pengurusan Universiti pada Julai 2013. Visi INSPIRE adalah untuk menjadi pemangkin dalam penghasilan produk berteraskan peradaban Islam serta pemacu kepada pengembangan ilmu peradaban Islam bertaraf antarabangsa. Manakala misinya pula adalah menyediakan program akademik dan kegiatan penyelidikan yang melahirkan siswazah dan tokoh pemikir yang berupaya menjadi sumber sinergi bagi pemantapan serta pengembangan ilmu dan produk peradaban Islam.

Peradaban Islam muncul hasil daripada pengemblengan nilai tambah dan penjanaan produk daripada ilmu gunaan yang diterokai dan dikembangkan oleh umat Islam berlandaskan ajaran Islam. Al-Quran dan al-Hadith menjadi pemangkin kepada seluruh daya imaginasi dan inovasi untuk melahirkan nilai tambah dan produk tersebut. Ilmu tentang peradaban Islam merujuk kepada nilai tambah ilmu gunaan dan produk yang dihasilkan oleh pelbagai budaya komuniti Islam di seluruh dunia sejak dahulu hingga kini yang tidak tergelincir daripada landasan ajaran Islam yang murni.

Kedatangan Islam ke Nusantara telah membawa ketamadunan di rantau ini. Islam telah membawa perubahan yang besar khususnya dalam kalangan penduduk alam Melayu dari banyak aspek termasuk sosial, ekonomi dan politik. Masyarakat yang sekian lama menganut fahaman anamisme, mempraktikkan budaya hidup kuno, dijajah oleh negara luar seperti India dan Siam, telah diubah oleh Islam menjadi masyarakat yang bertauhid, mengamalkan budaya hidup berteraskan ilmu, akidah dan akhlak serta mengadaptasi ajaran Islam dalam kegiatan sosial, ekonomi dan politik.

Berdasarkan perancangan jangka panjang, INSPIRE diharapkan akan membantu kelahiran produk dan industri serta pengembangan ilmu berteraskan peradaban Islam hasil daripada input daripada pelbagai cabang ilmu yang berganding tenaga di UniSZA. Kesemua ini akan diilhami oleh motto UniSZA: “Ilmu Demi Faedah Insan” yang berasaskan Islam – Ilmu – Ummah.

Pengunjung

358292
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Semua Hari
112
163
1260
355242
2089
4950
358292