PENYELIDIKAN

Projek Pendigitalan Manuskrip UniSZA

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi amanah dan tanggungjawab kepada UniSZA untuk melaksanakan Projek Pendigitalan Manuskrip Islam dan Alam Melayu.

Projek ini bertujuan mengesan manuskrip ulama alam melayu hardcopy atau softcopy yang terdapat di dalam atau di luar Malaysia.

Projek ini memfokuskan manuskrip ulama alam melayu dahulu di Terengganu, koleksi Malcom MacDonald Durham University, United Kingdom, koleksi manuskrip di Arab Saudi, ulama di Kepulauan Melayu Aceh dan Riau, koleksi manuskrip ulama di Pattani, koleksi Istana Terengganu dan kesultanan Brunei, koleksi manuskrip ulama alam melayu di kedah dan Universiti Paris - Sorbonne, Perancis, Universiti Leiden, Belanda dan Portugal.

Bagi menjayakan projek ini, jaringan kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) telah dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Produk dan Tamadun Melayu Islam (INSPIRE), UniSZA dengan beberapa institusi seperti Arkib Negara Malaysia, Negeri Terengganu. Muzium, Universiti Durham, United Kingdom dan banyak lagi.

Persidangan Terkini

uncategorised

Terma Rujukan Bidang Pengkhususan

Ekonomi Islam

  1. Merangka, menawar, melaksana dan memantau program akademik termasuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang ekonomi Islam
  2. Melahirkan graduan yang mampu mentadbir ekonomi sumber, pengurusan wakaf, pengurusan zakat, takaful, pengurusan risiko, keusahawanan Islam dan pengurusan perniagaan Islam
  3. Melahirkan graduan yang berupaya menjadi sumber sinergi bagi pemantapan serta pengembangan ekonomi umat Islam

Kewangan Islam

  1. Merangka, menawar, melaksana dan memantau program akademik termasuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang kewangan Islam
  2. Melahirkan graduan yang mampu mentadbir produk kewangan Islam, pengurusan risiko, takaful, pelaburan Islam dan pengurusan harta Islam
  3. Melahirkan graduan yang berupaya menjadi sumber sinergi bagi pemantapan serta pengembangan sistem kewangan Islam

Tamadun Islam

  1. Merangka, menawar, melaksana dan memantau program akademik termasuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang ekonomi Islam
  2. Melahirkan graduan yang mampu melahirkan idea-idea baru secara multi-diciplinary di samping mengaplikasikannya dalam penyelidikan dan penyelesaian masalah ummah secara berterusan dengan jelas, sistematik, bertanggungjawab dan beretika
  3. Melahirkan graduan yang berupaya menjadi sumber sinergi bagi pemantapan serta pengembangan peradaban Islam

Pengunjung

360194
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Semua Hari
138
210
348
358468
3991
4950
360194