• Berita
  • BENGKEL PENGEMBANGAN AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN BERSAMA PENYANDANG KURSI SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

BENGKEL PENGEMBANGAN AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN BERSAMA PENYANDANG KURSI SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

 

 

70255987 733144577110453 1800591848310308864 o

Penubuhan Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin telah diluluskan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 30 Oktober 2014. Kursi ini diuruskan oleh Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) bagi tujuan pencarian dan pengembangan ilmu serta menjadi pemacu kepada penyelidikan dan penerbitan yang berimpak tinggi dalam bidang-bidang yang selaras dengan matlamat penubuhan Kursi. Penubuhan Kursi ini akan membantu aktiviti penyelidikan, pengembangan ilmu, pengajian pascasiswazah dan pembangunan komuniti.

Selaras dengan itu, INSPIRE telah menganjurkan Bengkel Pengembangan Akademik dan Penyelidikan pada 11 hingga 12 September 2019 bersama Penyandang Kursi iaitu Profesor Dato’ Dr. Mohamad Abu Bakar yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah UniSZA. INSPIRE telah menjadikan program ini sebagai medium penyampaian ilmu melalui pengalaman dan kepakaran Penyandang Kursi kepada umum. Pelaksanaan program - program seperti syarahan dan perbincangan dalam kalangan cendekiawan adalah suatu cara untuk menguasai kepakaran, perkongsian buah fikiran dan hala tuju cendekiawan tersebut dari sudut keilmuan dan penyelesaian masalah yang timbul.

Pada hari pertama program, INSPIRE telah mengusahakan satu sesi Syarahan Penyelidikan, Penulisan Akademik dan Penerbitan Kesarjanaan di sebelah pagi. Di sebelah petang pula, program diteruskan dengan sesi Bedah Buku: Bukan Sekadar Suatu Nostalgia – Mengingati Kebangkitan Semula Islam 1975 – 2000. Kedua-dua slot ini telah berlangsung di Bilik Aktiviti Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI). Konsep Bedah Buku yang dilaksanakan ini merupakan salah satu fokus Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkasakan aktiviti membaca di kalangan masyarakat sejajar dengan hasrat mencapai ”Dekad Membaca Malaysia”.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk menyediakan medium percambahan dan perkongsian ilmu dalam kalangan ahli akademik UniSZA, cendekiawan luar, NGO dan para pelajar yang terlibat. Selain itu, Penceramah dan peserta juga berpeluang untuk berkongsi dan bertukar pandangan dalam mencari solusi berkenaan isu semasa. Penganjuran program ini juga adalah tanda sokongan INSPIRE dan UniSZA dalam menyokong hala tuju negara dalam mencapai “Menuju Negara Membaca 2030” melalui pengisian sesi Bedah Buku.

Penyertaan peserta pada hari pertama juga adalah amat memberangsangkan apabila kira-kira 60 orang telah hadir. Peserta yang hadir bukan sahaja daripada pelajar dan kakitangan UniSZA, tetapi turut menarik minat kehadiran peserta daripada agensi-agensi luar seperti Universiti Malaysia Terengganu, Institut Pendidikan Guru dan sebagainya. Para peserta kelihatan sangat kagum dengan penyampaian dan perkongsian daripada penceramah sekaligus memberi cetusan idea dalam menghasilkan penulisan yang berimpak tinggi melalui teknik-teknik yang lebih terkini dan jelas.

Pada hari kedua pula, program telah diteruskan dengan sesi Perbincangan Perancangan Aktiviti - aktiviti Kursi di antara INSPIRE dan Penyandang Kursi. Sesi ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat INSPIRE bersama dengan Pengarah, Felo Penyelidik dan semua kakitangan pentadbiran INSPIRE. Banyak perkara telah dibincangkan bersama dengan Penyandang Kursi dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin sekaligus memberi impak kepada UniSZA khususnya. Antara topik-topik perbincangan adalah hala tuju INSPIRE dan Kursi, penganjuran program seperti persidangan,konferen dan konvensyen, Projek Penyelidikan dan Manuskrip dan Strategi Penjanaan Dana Kursi.

 70370047 733144367110474 8401525805632454656 o

 

70391178 733144227110488 7031244381361274880 o

photo 2019-09-12 11-00-07