• Berita
  • INTELLECTUAL DISCOURSE ON ISLAMIC CIVILIZATION: PERBINCANGAN MEJA BULAT STRATEGI PEMERKAYAAN KHAZANAH ILMU DALAM PERADABAN ALAM MELAYU DAN BENGKEL PENULISAN AMALI BERSAMA YBHG. PROF. DATUK DR. AWANG SARIYAN

INTELLECTUAL DISCOURSE ON ISLAMIC CIVILIZATION: PERBINCANGAN MEJA BULAT STRATEGI PEMERKAYAAN KHAZANAH ILMU DALAM PERADABAN ALAM MELAYU DAN BENGKEL PENULISAN AMALI BERSAMA YBHG. PROF. DATUK DR. AWANG SARIYAN

 

66776691 2362180120667007 4744787488722124800 n

Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan jayanya telah menganjurkan Intellectual Discourse on Islamic Civilization (IDSIC 2019) dan Bengkel Penulisan Amali pada 17 Julai 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat dan Bilik Aktiviti FKI, UniSZA Kampus Gong Badak. Program ini dimulakan dengan perbincangan meja bulat yang bermula pada jam 9.30 pagi dan kemudian diteruskan dengan Bengkel Penulisan Amali sehingga jam 4.30 petang. Program ini adalah hasil kerjasama bersama Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UniSZA.

            Untuk makluman, program IDSIC adalah merupakan program tahunan anjuran INSPIRE dan ianya diadakan beberapa siri dalam setahun.Pada IDSIC kali ini, pihak INSPIRE telah menjemput YBhg. Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan, yang merupakan Karyawan Ulung UniSZA sebagai penceramah jemputan. Pada perbincangan meja bulat kali ini, Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan telah mengulas berkenaan Strategi Pemerkayaan Khazanah Ilmu dalam Peradaban Alam Melayu. Program ini dijadikan platform untuk berdiskusi serta fokuskan kepada potensi dan strategi yang boleh diusahakan dalam proses pemerkayaan seterusnya pengantarabangsaan khazanah Peradaban Ilmu Melayu Islam Nusantara. Karyawan ulung yang kini memegang jawatan sebagai Profesor Linguistik dan Perancangan Bahasa di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia juga berpengalaman sebagai guru Bahasa Melayu dan Kertas Am, Editor dan kemudian Ketua Editor di FEP International dan banyak lagi. Kesusasteraannya terserlah dengan keluarnya puluhan buku ilmiah, buku umum dan kamus, ratusan makalah ilmiah dan umum dalam pelbagai jurnal, majalah dan akhbar.

Objektif penganjuran program ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menyediakan medium percambahan dan perkongsian ilmu dalam kalangan ahli akademik UniSZA, cendekiawan luar dan NGO yang terlibat. Selain itu, penceramah dan peserta berpeluang untuk berkongsi dan bertukar pandangan dalam mencari solusi untuk membangunkan generasi di negara ini ke arah wawasan ilmu yang holistik. Perkongsian pendapat ini juga akan mewujudkan kerjasama dan kebersamaan semua pihak dan individu dalam kalangan masyarakat Melayu Islam khasnya demi sama-sama membantu dalam melahirkan generasi yang berwawasan dan berilmu tinggi. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk melihat potensi dan strategi khas dalam proses pengantarabangsaan khazanah peradaban ilmu Melayu Islam Nusantara dari pelbagai sudut seterusnya memberi kefahaman yang jelas terhadap isu-isu dan konflik yang timbul pada masa kini yang akan memberi kesan kepada generasi yang akan datang.

Dengan kedatangan YBhg. Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan yang sangat terkenal dengan penulisan dan penerbitannya, pihak INSPIRE telah mengusahakan untuk mengadakan Bengkel Penulisan Amali bersama beliau pada 2.30 petang pula sekaligus memberi peluang kepada peserta bengkel untuk mempelajari teknik-teknik terkini melalui kepakaran dan pengalaman penceramah dalam menghasilkan penulisan berimpak tinggi. Dengan adanya bengkel penulisan ini, para peserta telah mendapat input-input berguna dalam menghasilkan penulisan yang lebih segar dan moden hasil daripada teknik-teknik yang dikongsikan oleh penceramah yang lebih mudah difahami dan jelas penyampaiannya.

Kedua-dua program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila seramai 60 orang peserta telah menghadiri IDSIC:  Perbincangan Meja Bulat Strategi Pemerkayaan Khazanah Ilmu dalam Peradaban Alam Melayu, manakala seramai 40 orang peserta telah hadir bagi mendengar perkongsian tentang penulisan amali yang terdiri daripada kakitangan UniSZA dan pelajar siswazah UniSZA termasuk IPT luar. Turut hadir adalah Prof. Dato' Dr. Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan yang merupakan Naib Canselor UniSZA sekaligus menyampaikan ucapan aluan. Dalam ucapannya, beliau sangat mengangumi INSPIRE dan FBK yang berusaha untuk membawa YBhg. Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan sekaligus memberi manfaat kepada peserta dengan kepakaran dan pengalamannya. Program telah berakhir dengan penyampaian cenderahati oleh Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi iaitu Prof. Madya Dr. Zulazhan bin Ab. Halim diiringi Pengarah INSPIRE, Profesor Dr. Fadzli bin Adam kepada penceramah jemputan, Profesor Datuk Dr. Awang Sariyan.

67062077 2362180240666995 2032101761069613056 n

66931688 2362349447316741 761122772410695680 n

photo 2019-07-17 19-59-59