WhatsApp-Image-2019-05-29-at-10.30.44-AM-2

Institut Penyelidikan Produk Dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) telah mengadakan Bengkel Penulisan Artikel Systematic Literature Review (SLR). Program ini telah dianjurkan pada 4 Februari 2019 (Isnin) bertempat di Bilik Microteaching, Blok D, Aras 1 INSPIRE, UniSZA Kampus Gong Badak. Program ini telah berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

INSPIRE telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel ini kerana ianya sangat penting bagi para penyelidik dan pelajar UniSZA di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah terutama kepada mereka yang terlibat secara langsung sama ada dalam kajian kuantitatif dan kualitatif. Dengan itu, pihak INSPIRE telah menjemput penceramah yang berpengalaman iaitu Dr. Hayrol Azril bin Mohamed Shaffril daripada Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia untuk berkongsi kepakaran beliau. Untuk pengisian bengkel pada kali ini, penceramah lebih menekankan kepada kaedah-kaedah mudah dan berkesan bagi menulis artikel dengan menggunakan teknik-teknik yang lebih membantu dalam membuat pengisian penulisan artikel yang lebih padat dan bernas berdasarkan ilmu-ilmu kepakaran yang dimiliki beliau.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara-cara membuat penulisan Artikel dengan menggunakan kaedah Systematic Literature Review (SLR) yang merupakan kaedah yang terkini dan berkesan yang mungkin belum difahami dengan jelas oleh peserta sebelum menyertai bengkel ini. Selain itu, tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah untuk menulis artikel dengan lebih mudah dan sistematik. Dengan perkongsian terbaru daripada penceramah tersebut, para peserta dapat merancang dan merangka dengan lebih teratur bagi menyiapkan penulisan tepat pada waktunya. Bengkel ini juga dapat membantu para penyelidik dan pelajar dalam membuat penulisan artikel dengan lebih baik di masa akan dating dan memberi peluang kepada semua peserta dan penceramah untuk saling berkongsi pendapat dan idea bagi menghasilkan penulisan yang berimpak tinggi.

Bengkel pada kali ini telah disertai oleh seramai 20 orang peserta yang bukan sahaja daripada pelajar UniSZA, malahan turut menarik minat penyertaan daripada peserta luar. Dr. Najihah Abdul Wahid selaku Timbalan Pengarah INSPIRE juga turut hadir bersama-sama bagi memberi sokongan kepada penganjuran bengkel ini sekaligus menyampaikan ucapan perasmian bengkel tersebut. Beliau yang mewakili Pengarah INSPIRE juga turut menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta dan penceramah sebagai tanda penghargaan menjayakan bengkel ini. Hasil maklum balas daripada peserta juga amat memuaskan apabila ramai mengharapkan pihak INSPIRE sentiasa menganjurkan bengkel sebegini kerana ianya sangat membantu pelajar untuk meningkatkan kualiti penulisan.

WhatsApp-Image-2019-05-29-at-10.30.43-AM-2

 

WhatsApp-Image-2019-05-29-at-10.30.41-AM-2