photo 2018-12-13 10-28-13 2

MERANG, SETIU – Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), telah menganjurkan satu program iaitu Kem Saintis Ulul Albab yang bertempat di Kem Ko-kurikulum UniSZA, Merang Setiu. Kem ini telah dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula dari 1 November 2018 sehingga 3 November 2018. Program ini juga adalah hasil kerjasama daripada Majlis Dakwah Negara Terengganu (MDNT), Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) UniSZA dan Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) UniSZA. 

Tujuan utama kem ini diadakan adalah untuk melahirkan generasi baharu yang berupaya untuk menghayati kejadian alam dan mengaitkannya dengan kewujudan dan kekuasaan Tuhan melalui pendekatan al-Quran dan saintifik. Objektif program adalah untuk menyedarkan peserta dan fasilitator tentang tujuan utama setiap insan sebagai Khalifah untuk mengurus alam dan manusia. Selain itu, kem ini dapat mengasah bakat peserta dan fasilitator dalam pengurusan kepimpinan dan mempertingkatkan lagi pelbagai kemahiran praktikal dan insaniah serta daya kreativti sebagai agen transformasi bagi Negara dan Ummah.

Seramai 70 orang peserta telah terlibat dalam program ini yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dari Terengganu dan luar Terengganu. Penyertaan dari Sek. Men. Imtiaz Ulul Albab, Melaka adalah yang paling ramai iaitu seramai 29 orang. Untuk makluman, Dr Fauzi bin Yusoh yang merupakan Felo Penyelidik INSPIRE, UniSZA adalah ketua program bagi Kem Saintis Ulul Albab ini. Kem ini juga turut diisi dengan slot-slot yang telah disampaikan oleh para Felo Penyelidik INSPIRE yang lain iaitu Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi, Dr. Fauzi Yusoh, Dr. Jamalluddin Hashim, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Yusof dan Dr. Najihah Abd Wahid. Tema yang digunakan pada kem kali ini ialah “3i (Iman, Islam & Ihsan) Memacu Saintis Gemilang”. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung adalah slot Latihan Dalam Kumpulan bersama fasilitator, Tadabbur ‘on the track’, Water Confidence / Renang / Berkayak, Surat Wasiat Khalifah dan persembahan ‘Aku Khalifah Allah’ daripada setiap kumpulan peserta.

Secara kesimpulannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan turut diserikan dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato’ Haji Ismail bin Ali, Pesuruhjaya Majlis Dakwah Negara (MDN) Terenggnanu. Turut hadir pada majlis ini adalah Profesor Dr. Fadzli bin Adam, Pengarah INSPIRE, UniSZA. Pihak INSPIRE amat menghargai dan berterima kasih atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang program ini berlangsung. Berikutan sambutan yang diterima daripada peserta amat menggalakkan, pihak INSPIRE akan terus bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam menganjurkan program seumpama ini pada masa akan datang.

photo 2018-12-13 10-28-20 photo 2018-12-13 10-28-23 photo 2018-12-13 10-28-00