photo 2018-12-13 12-12-24 2

KUALA NERUS – Institut Penyelidikan Produk Dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) telah mengadakan satu program iaitu Bengkel Penggunaan Teknik Analisis dan Laporan Kajian Berasaskan Sistem APA. Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 24 & 25 November 2018 (Sabtu & Ahad) yang bertempat di bilik Microteaching, Blok D, Tingkat 2, INSPIRE, UniSZA Kampus Gong Badak. 

Tujuan bengkel ini diadakan kerana ianya sangat penting bagi pelajar UniSZA yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran terutama kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam Kajian Kuantitatif. Pada bengkel kali ini, pihak INSPIRE telah menjemput 2 orang penceramah iaitu Dr. Ahmad Shidki bin Mat Yusoff yang merupakan Pensyarah daripada Institut Perguruan dan Dr. Fahmi Zaidi bin Abd. Razak iaitu pesyarah daripada Kolej Universiti Widad. Pengisian bengkel ini adalah slot-slot ceramah yang menekankan mengenai Pengenalan Metodologi, Penggunaan Teknik Analisis First and Second Generation, Kemahiran Laporan Kajian Berasaskan APA Siri I & Siri II dan yang terakhir adalah sesi pembentangan dan soal jawab. 

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang metodologi penyelidikan berasaskan sumber yang sahih. Selain itu, para peserta dapat membezakan penggunaan teknik analisis first generation and second generation. Penceramah juga turut menyampaikan kemahiran kepada para peserta tentang cara-cara penggunaan teknik analisis berasaskan system APA. Akhir sekali adalah, para peserta akan membuat laporan kajian berasaskan system APA berdasarkan kefahaman yang diperolehi sepanjang program ini berlangsung.

Bengkel ini telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada para pelajar UniSZA. Ini kerana seramai 40 orang peserta telah terlibat dalam program kali ini. Berdasarkan temubual yang dibuat, kebanyakan peserta memahami tentang penggunaan teknik analisis dan laporan kajian berasaskan sistem APA. Selain itu, para peserta berharap agar bengkel seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah INSPIRE iaitu Dr. Najihah binti Abd Wahid. Pihak INSPIRE mengucapkan terima kasih kepada penceramah yang telah membantu menjayakan program ini.

photo 2018-12-13 12-12-21 photo 2018-12-13 12-12-24 photo 2018-12-13 12-12-25