Slot-slot ceramah telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Shidki bin Mat Yusoff daripada Institut Perguruan dan pesyarah daripada Kolej Universiti Widad iaitu Dr. Fahmi Zaidi bin Abd. Razak. Timbalan Pengarah INSPIRE iaitu Dr. Najihah Abdul Wahid juga telah diberikan amanah untuk menyampaikan ilmu kepakaran yang beliau ada pada bengkel kali ini. Perkara-perkara yang ditekankan sepanjang bengkel ini berlangsung adalah mengenai Pengenalan Instrumen, Prosedur Pembinaan Instrumen, Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen dan yang terakhir adalah Prosedur dan cara-cara menjadikan Instrumen secara atas talian.

 

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara-cara pembinaan instrumen yang berkesan. Selain itu, para peserta juga dapat memiliki kemahiran prosedur-prosedur yang perlu diikuti ketika membina instrumen. Penceramah juga turut menyampaikan teknik-teknik kepada peserta prosedur kesahan dan kebolehpercayaan instrumen serta menyampaikan kemahiran kepada para peserta tentang cara-cara untuk menjadikan instrumen yang telah dibina dapat digunakan secara atas talian (on line).

 

Pada program kali ini, seramai 35 orang peserta yang hadir. Diharapkan semoga semua peserta dapat memahami dan memanfaatkan dengan baik cara penggunaan instrumen secara atas talian. Pihak INSPIRE mengucapkan terima kasih kepada penceramah dan fasilitator yang telah membantu menjayakan program ini.