NIC INSPIRE
MAQASID SYARIAH
Maslahah kehidupan berkisar pada lima elemen, iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta, terungkap dalam Maqasid Syariah. Calon didedahkan kepada ilmu Maqasid Syariah untuk memahami kandungan dan kelangsungan hidup untuk mendapat kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Pengetahuan tentang Maqasid Syariah adalah pra-syarat untuk mencapai ijtihad. Maqasid Syariah menyelusuri alasan perundangan, keputusannya, objektifnya dan tujuan sebahagian dan keseluruhannya, umum dan khusus, dalam pelbagai bidang dan bab. Selain itu, ia memungkinkan ahli hukum membuat rumusan bagi membantu dalam memahami, menentukan, serta melaksanakan keputusan. Pengetahuan mengenai tujuan Syariah adalah salah satu bukti kesahihan fiqah ahli hukum. Juga, pengetahuan ini menyumbang untuk memperoleh kemampuan mujtahid bagi menyeimbangkan antara kepentingan, kebaikan dan keburukan serta yang paling penting diutamakan daripada yang penting.
PEMIKIRAN DAN PERADABAN ISLAM
Pemikiran yang mendasari dan mendefinisikan peradaban sewajarnya difahami dalam melanjut dan memperkasakan tamadun itu sendiri. Pemikiran Islam yang mengatur semua aspek kehidupan manusia, seperti politik, kemasyarakatan, ekonomi, kebudayaan dan akhlak, membentuk sahsiah ummah dalam keperihalan kehidupan yang pelbagai. Peradaban secara istilah merupakan ketamadunan serta keadaan bagi meningkatkan kemajuan kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa dan masyarakat.
MANUSKRIP DAN WARISAN ISLAM
Manuskrip sebagai suatu warisan Islam memuat dan menampilkan ciri-ciri peradaban yang seharusnya dikongsi oleh semua generasi. Mengenali dan memahami kandungannya semestinya merupakan suatu yang penting dalam mengangkat kehidupan semasa dan akan datang. Manuskrip adalah satu naskhah tulisan tangan yang sangat bernilai. Manuskrip Islam pula merujuk kepada karya yang bertulisan tangan, terutamanya dalam tulisan Arab, Jawi dan lain-lain. Ia dihasilkan sejak berkurun lamanya dalam pelbagai bahasa mengenai alam dan warisan peradaban Islam. Ilmu yang terakam dalam manuskrip Islam merangkumi pelbagai bidang.
WISDOM
Wisdom atau hikmah merupakan teras kepada peradaban Islam yang agung. Ia bukan sekadar ilmu pengetahuan semata-mata, malah merangkumi keupayaan untuk menilai, menghubungkait, dan mengamalkan ilmu tersebut dengan bijaksana dalam setiap aspek kehidupan. Dalam tradisi pemikiran Islam, hikmah diiktiraf sebagai sifat tertinggi seorang intelektual Muslim yang memahami hakikat sesuatu perkara secara mendalam dan menyeluruh. Peradaban Islam telah melahirkan tokoh-tokoh hikmah seperti Al-Farabi, Ibn Rushd, dan Ibn Khaldun yang menggabungkan wahyu Ilahi dengan akal yang tajam bagi membina tamadun yang gemilang. Hikmah dalam konteks ini menjadi jambatan antara ilmu naqli dan aqli, antara nas syarak dan realiti kehidupan semasa. Melalui wisdom, ummah dipandu untuk berfikir secara kritis dan holistik, menyaring ilmu daripada pelbagai sumber dalam kerangka nilai Islam, serta menggunakannya untuk memakmurkan bumi dan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Inilah intipati peradaban Islam yang berteraskan hikmah — bukan sahaja bijak di dunia, bahkan selamat di akhirat.