UniSZA juga turut dibantu oleh agensi kerajaan, NGO dan persatuan seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Majlis Dakwah Negara (MDN), Yayasan Himmah, UniSZA Society for Humanity (HUMANE UniSZA) dan Kelab Sahabat Yayasan Himmah UniSZA.

       Program berbentuk karnival ini diadakan untuk memberi pendedahan yang mendalam kepada pelajar UniSZA dan masyarakat sekitar universiti tentang pentingnya hidup dalam suasana harmoni dan kecaknaan mereka terhadap isu yang menimpa saudara seagama di Palestin dan Rohingya sekarang ini.

       Objektif utama program ini diadakan adalah untuk menyedarkan komuniti terhadap kepentingan dalam menyokong kebebasan hidup  tanpa pergolakan disamping melahirkan sikap keperihatinan dan kecaknaan dalam komuniti setempat terhadap isu yang melibatkan keamanan dan dapat menggerakkan hati masyarakat untuk membantu saudara islam. 

      Program ini turut berjaya melancarkan tabung bantuan kemanusiaan dan hampir seratus ribu lebih diperolehi hasil daripada kutipan derma orang ramai melalui masjid seluruh negeri Terengganu, sumbangan daripada syarikat-syarikat GLC dan swasta serta sumbangan peribadi daripada orang awam. Dana ini akan disalurkan kepada masyarakat Palestin dan pelarian Rohingya melalui UniSZA Society for Humanity (HUMANE UniSZA).

photo 2018-05-28 12-04-58 photo 2018-05-28 11-58-20