Seramai 18 orang peserta dan urusetia yang menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada felo penyelidik INSPIRE, penyumbang artikel, penyelaras program dan staf sokongan INSPIRE. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memantapkan komitmen dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta untuk berkecimpung dengan lebih agresif dalam arena penyelidikan sehingga berjaya menghasilkan penerbitan yang berimpak tinggi, mempelbagaikan skil dan kemahiran menghasilkan manuskrip yang berkualiti tinggi secara berkesan melalui perkongsian ilmu dan pengalaman pakar dan memurnikan penerbitan bab dalam buku sehingga siap sepenuhnya untuk dihantar kepada penerbit UniSZA.

Perkara-perkara yang ditekankan sepanjang bengkel ini berlangsung adalah  menyelaras format penulisan artikel dan jurnal UniSZA, pembahagian bab dan artikel dalam buku, cadangan nama tema setiap buku dan memantapkan komitmen serta semangat berpasukan dalam kalangan peserta. Timbalan pengarah INSPIRE, Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi telah menyempurnakan majlis perasmian bengkel ini. Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau meraikan kehadiran para peserta yang hadir dan menyatakan berterima kasih kepada staf sokongan INSPIRE yang bertungkus lumus bagi menjayakan bengkel ini berlangsung. Semoga semua peserta dapat memurnikan penerbitan bab dalam buku sehingga siap sepenuhnya untuk dihantar kepada penerbit, secara langsung akan menambahkan jumlah penerbitan UniSZA.