Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan (RMIC) dan Pusat Pendidikan Asas dan Liberal (UMT) telah menganjurkan konference ini dibawah UniSZA Multidiciplinary International Conference (UMIC).

Pengarah INSPIRE, Profesor Dr. Fadzli Adam telah merasmikan konferen yang disertai oleh ahli akademik dan pelajar dari dalam dan luar negara serta para cendekiawan tempatan. Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau telah meraikan kehadiran para peserta dan menyatakan hasrat agar konferen sebegini dapat diadakan setiap tahun dalam memperkasakan jaringan penyelidikan dan penerbitan berkenaan keilmuan Islam. Objektif utama penganjuran konferen kali ini adalah untuk meneroka pencerahan sejarah tamadun islam terutamanya integriti Institusi Ulama' dan Umara', mengenalpasti pelbagai ciri yang cemerlang untuk mencapai kejayaan di kalangan Ulama' dan Umara' dalam pembangunan tamadun manusia, menyerlahkan beberapa tokoh Islam yang terkenal sebagai model yang sesuai untuk dimuliakan oleh para pemimpin ulama kontemporari serta untuk membantu memperkenalkan generasi Ulama' dan Umara' cemerlang dalam menghadapi pelbagai cabaran zaman moden.

 Antara penceramah utama yang dijemput untuk berkongsi buah fikiran bersama para peserta dalam program yang berlangsung selama dua hari ini adalah YBhg. Profesor Dato' Wira Dr. Ismail Haji Ibrahim yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah UniSZA merangkap Penyandang Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin UniSZA, YBhg. Profesor Datuk Dr. Azizan Baharuddin (Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM) dan YBrs. Profesor Madya Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar (Timbalan Pengarah INSPIRE). Selain itu juga, terdapat lebih daripada 70 orang pembentang yang terdiri daripada ahli akademik, pelajar tempatan dan luar negara yang turut mengambil bahagian dalam membentangkan hasil penyelidikan mereka semasa sesi pembentangan selari.

Kertas penyelidikan yang dibentangkan adalah berdasarkan tema yang telah ditetapkan oleh penganjur iaitu berkenaan Pembangunan Tamadun Ummah Menerusi Ulama’ dan Umara’. Kertas kerja penuh yang dihantar akan dimasukkan dalam e-prosiding yang boleh di muat naik melalui laman sesawang www.unisza.edu.my/icic2017. Kertas kerja terbaik akan dipilih dan diperkemaskan oleh jawatankuasa kertas kerja untuk diterbitkan di dalam jurnal edisi khas yang berindeks Scopus/ERA dan selebihnya akan dikompilasikan sebagai bab dalam buku.

Pihak penganjur amat berterima kasih kepada semua penaja yang telah sudi menyumbangkan dana dan perkhidmatan mereka dalam menjayakan program ini.  Konferen ini telah menerima tajaan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Quinara Al-Safir dan Dana daripada Sambutan Satu Dekad UniSZA. 

                   icic88       icic55       icic66     icic99