Cetak

Lawatan kerja SMK Bertam Indah ke INSPIRE

Ditulis oleh Amar.

Pada 23 Julai 2017, Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) telah menerima kunjungan guru-guru dari SMK Bertam Indah, Kepala Batas Pulau Pinang. Seramai 25 orang guru terlibat dalam rombongan lawatan tersebut.

Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada kakitangan akademik INSPIRE berkaitan dengan aktiviti dan penyelidikan yang telah dan akan dijalankan.

Sesi pertemuan dua hala selama tiga (3) jam ini diadakan di Bilik Mesyuarat 1, Bangunan Pentadbiran UniSZA Kampus Gong Badak  bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.  Pengarah INSPIRE, Profesor Dr. Fadzli Adam telah membentangkan  sejarah penubuhan dan objektif penubuhan INSPIRE, bidang tujahan, program akademik yang ditawarkan INSPIRE, aktiviti penyelidikan yang dijalankan, senarai  penerbitan, program yang dirancang sepanjang tahun 2017 serta penubuhan Kursi Sultan MIzan Zainal Abidin Kursi Sultan Zainal Abidin.

Setelah selesai sesi pembentangan, majlis penyerahan cenderahati oleh kedua-dua pihak diadakan. Diharapkan sesi pertemuan ini, dapat memberi motivasi kepada guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Indah untuk menyambung pengajian di UniSZA khususnya di bawah INSPIRE pada masa akan datang.

photo 2017-08-01 10-56-44      photo 2017-08-01 10-56-50        

 photo 2017-08-01 10-56-58     photo 2017-08-01 11-07-21