wacana 1 wacana 2 wacana 3

Pusat Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) dan Madrasah Muhajirin  Bukit Jong telah mengadakan Wacana Ilmu dan Akhlak UniSZA yang bertemakan Sultan Zainal Abidin III dan Tokku Paloh Inspirasi Pengukuhan Ilmu dan akhlak. Program tersebut diadakan bersempena Haul Sultan Zainal Abidin III dan Tokku Paloh.

Wacana ini telah diadakan pada 5 September 2016 bertempat di Ruang Solat Masjid UniSZA dan telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Kamarul Ahukri bin Mat Teh, Dekan Fakulti Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) dan telah dihadiri oleh staf dan pelajar UniSZA serta komuniti setempat.

INSPIRE telah diberikan satu slot syarahan Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin yang bertajuk Sultan Zainal Abidin III yang Soleh dan Tokku Paloh yang Alim dan telah menjemput Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali dari Univerti Malaya sebagai penceramah.

Tujuan wacana in adalah untuk memberi pendedahan kepada warga UniSZA dan komuniti setempat tentang kepentingan ilmu yang berkaitan dengan abad dan akhlak bagi meningkatkan kefahaman dan pemikiran peribadi dan masyarakat. Mengembangkan dan memakmurkan budaya ilmu dan akhlak menerusi wacana khas ini bagi melahirkan imej ilmu dan akhlak yang menjadi tema rasmi UniSZA.

Wacana ini menumpukan kepada pembinaan sahsiah dan intelektual warga UniSZA dan masyarat luar selaras dengan hasrat UniSZA yang menekankan pembinaan ilmu dan akhlak.