IMG 3671-min

  img 3653 min  img 3670 min

 

Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin telah mengadakan program Intellectual Discourse on Islamic Civilization (IDSIC) siri 2/2016 pada 17 November 2016 yang lalu. Program tersebut telah berlangsung di Dewan Senat, Bangunan Pentadbiran UniSZA, Kampus Gong Badak dan dihadiri oleh Felo Penyelidik, pensyarah dan pelajar UniSZA. 

Program yang berlangsung selama dua jam tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Kesejahteraan Hidup, Universiti Islam Malaysia (UIM), Professor Emeritus Dato’ Dr. Sulaiman Md Yasin, sebagai penceramah jemputan. “Indeks Kesejahteraan Hidup dalam Konteks Masyarakat Madani”, telah menjadi pilihan tajuk ceramah pada program tersebut. 

Tujuan program tersebut adalah sebagai medium untuk menggalakkan perbincangan intelektual dan akademik di kalangan intelektual, ahli akademik dan ulama secara konsisten. Selain itu, untuk memperkaya idea dan pemikiran dengan berkongsi pandangan hidup Islam yang betul dan maklumat mengenai pelbagai isu dalam tamadun Islam dan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan intelektual Muslim mengenai peranan penting mereka dalam membantu memulihkan tamadun Islam. 

Dalam ceramah tersebut, Professor Emeritus Dato’ Dr. Sulaiman Md Yasin telah menerangkan sedikit sebanyak tentang kesihatan hidup. Program tersebut berakhir dengan penyampaian cenderahati oleh Pengarah INSPIRE iaitu Prof. Dr. Fadli Adam kepada penceramah jemputan, Professor Emeritus Dato’ Dr. Sulaiman Md Yasin dan sesi bergambar. Adalah diharapkan siri kedua IDIC 2016 akan mendapat manfaat oleh ramai cendekiawan, ahli akademik dan ulama untuk pembangunan kerjaya dan peranan yang penting dalam masyarakat Islam dan dunia secara keseluruhannya.