photo 2017-02-02 09-50-37     photo 2017-02-02 09-50-50

 

Insitut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayah mendapat perbelanjaan penuh yang telah diperuntukkan oleh pihak MAIDAM dan IKSIM dan bertujuan untuk menyiapkan tiga buah manuskrip hasil daripada Seminar Ancaman Pelampau Liberalisme Terhadap Masyarakat Islam Malaysia yang telah dianjurkan oleh INSPIRE pada 21 Julai 2016 yang lalu. Selain itu, memantapkan komitmen dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta untuk berkecimpung dengan lebih agresif dalam arena penyelidikan sehingga berjaya menghasilkan penerbitan yang berimpak tinggi dan mempertingkatkan kemahiran untuk menghasilkan manuskrip yang berkualiti tinggi secara berkesan melalui perkongsian ilmu dan pengalaman pakar.

Tiga buah manuskrip tersebut diberi nama Buku Liberalisme, Buku Ketamadunan Islam dan Buku Nursi. Bengkel tersebut dimulakan dengan taklimat dan ucapan daripada Timbalan pengarah INSPIRE iaitu Professor Madya Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar. Dalam taklimat tersebut telah menerangkan tentang format dan aspek-aspek penting yang diperlukan di dalam penulisan setiap buku.

Setiap sesi bengkel, telah membincangkan tentang penulisan setiap bab mengikut topik yang telah disediakan serta membetulkan format penulisan yang dikehendaki. Selama berkampung tiga hari dua malam di Resort World Kijal, Kemaman, tiga buah manuskrip tersebut telah dapat disiapkan sebanyak 80% terutamannya Buku Nursi yang mengandungi lebih kurang 10 hingga 15 bab.

Kemuncaknya bengkel tersebut diakhiri dengan sesi bergambar dan ucapan penutup oleh Pengarah INSPIRE, Professor Dr. Fadzli Adam. Melalui perlaksanaan bengkel tersebut, pihak INSPIRE dapat menyumbang ke arah usaha memartabatkan penyelidikan dan penerbitan yang akan memberi manfaat besar kepada individu, institusi, universiti dan pihak pemegang taruh serta masyarakat secara keseluruhan. Di samping itu, semoga INSPIRE sebagai institusi penyelidikan, dapat meningkatkan bilangan penerbitan ilmiah yang secara langsung akan menambahkan jumlah penerbitan UniSZA.