Cetak

Objektif

Ditulis oleh Super User.

  1. Menyediakan kepakaran yang menguasai warisan peradaban Islam dari pelbagai aspek-aspek keilmuan, kebudayaan, persuratan, kesenian, sejarah, sains dan teknologi.
  2. Melahirkan ilmuan Islam yang multi disciplinary yang boleh memberikan sumbangan yang bermakna kepada pembangunan agama, negara dan ummah.
  3. Menjadi hub pertemuan dan perbincangan akademik dalam kalangan para sarjana Islam dari seluruh pelusuk dunia menerusi persidangan, seminar, majlis dialog, bengkel dan pameran.
  4. Membina jaringan penyelidikan dalam kalangan para penyelidik dari dalam dan luar negara untuk menerokai khazanah ilmu-ilmu warisan tamadun Islam secara kolektif bagi menghasilkan inovasi yang berimpak tinggi.
  5. Menerbitkan bahan-bahan ilmiah sama ada berbentuk jurnal, buku, katalog, bibliografi, direktori kepakaran, album dan lain-lain sebagai sumber rujukan dan panduan kepada semua pihak dalam usaha merangka pelan tindakan atau menambah ilmu pengetahuan, kefahaman dan kesedaran.