Objektif

Objektif 1

Menyediakan kepakaran yang menguasai warisan peradaban Islam dari pelbagai aspek-aspek keilmuan, kebudayaan, persuratan, kesenian, sejarah, sains dan teknologi.

Objektif 2

Melahirkan ilmuan Islam yang multi disciplinary yang boleh memberikan sumbangan yang bermakna kepada pembangunan agama, negara dan ummah.

Objektif 3

Menjadi hub pertemuan dan perbincangan akademik dalam kalangan para sarjana Islam dari seluruh pelusuk dunia menerusi persidangan, seminar, majlis dialog, bengkel dan pameran.

Objektif 4

Membina jaringan penyelidikan dalam kalangan para penyelidik dari dalam dan luar negara untuk menerokai khazanah ilmu-ilmu warisan tamadun Islam secara kolektif bagi menghasilkan inovasi yang berimpak tinggi.

Objektif 5

Menerbitkan bahan-bahan ilmiah sama ada berbentuk jurnal, buku, katalog, bibliografi, direktori kepakaran, album dan lain-lain sebagai sumber rujukan dan panduan kepada semua pihak dalam usaha merangka pelan tindakan atau menambah ilmu pengetahuan, kefahaman dan kesedaran.