Pada 29-30 Mei 2015, Humanitarian Care Malaysia @ MyCare yang dahulunya dikenali sebagai Aqsa Syarif telah menganjurkan Karnival MyCare Palestine bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak. Karnival ini bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu rakyat Palestine, serta menaja anak2 muda mereka meneruskan pengajian di UNISZA.

Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE), telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Karnival dan ditugaskan untuk membuat jemputan kepada agensi-agensi kerajaan, swasta serta sekolah-sekolah di Negeri Terengganu. Disamping itu juga pihak INSPIRE diamanahkankan untuk mengutip sumbangan melalui jualan tiket konsert amal Freedom For Palestine sempena karnival tersebut.

Antara program utama yang diadakan sepanjang karnival tersebut adalah Forum yang bertajuk “Prihatin Dunia Islam, Dimanakah Kita?” berkaitan perjuangan umat Islam di Palestin & seluruh dunia serta Konsert Amal Freedom For Palestine yang telah dijayakan oleh Faizal Tahir, Kumpulan Nasyid Izzatul Islam dari Indonesia, Mu'adz Dzulkefly, Anas Tahir (ft Al-Kautsar) dan lain-lain . Di samping itu, pelbagai acara menarik yang melibatkan masyarakat setempat seperti pameran, jualan, sukaneka dll akan turut diadakan di sepanjang tempoh karnival berkenaan berlangsung.

   11393156 1442127352756166 1520485122164528440 n 11351119 1439479463020955 278924119825950010 n 11150945 1441895602779341 4708238587549827965 n