Pada 6 Mac 2014 (Khamis), pihak INSPIRE telah mengadakan Lawatan Dan Perbincangan Potensi Penyelidikan Ilmiah Dengan Muzium Negeri di Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong, Kuala Terengganu. Lawatan ini disertai oleh Prof. Dr. Ahmad Shukri Bin Yazid (Pengarah INSPIRE), Prof. Madya Dr. Abdul Hakim  Bin Abdullah (Timbalan Pengarah INSPIRE), Prof. Dr. Ahmad Bazli Bin Shafie, Timbalan Dekan ( Penyelidikan Dan Siswazah) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Prof. Madya Dr. Rohaizan Bin Baru, Prof. Dr. Mohd Shukri bin Jusoh dan Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Felo Penyelidik Kanan INSPIRE.

Lawatan dan perbincangan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat serta perbincangan potensi penyelidikan ilmiah terhadap bahan-bahan warisan peradaban islam yang terdapat di muzium negeri. Hasil perbincangan daripada lawatan ini, pihak Lembaga Muzium Negeri Terengganu amat mengalu-alukan urusan penyelidikan ke atas bahan-bahan bersejarah di muzium tersebut. Menurut pihak Lembaga Muzium, masih banyak manuskrip yang masih belum diterokai dan pihak INSPIRE boleh membuat kajian mengenai manuskrip-manuskrip tersebut.

           a 221  a 220