KUNJUNGAN HORMAT UniSZA KE MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA PERKUKUH KOLABORASI PENYELIDIKAN DAN PEMELIHARAAN WARISAN ISLAM
KUALA LUMPUR, 15 Mei 2026 – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) telah mengadakan kunjungan hormat ke Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, pendigitalan manuskrip dan pemeliharaan warisan Islam.
Delegasi UniSZA telah diketuai oleh Naib Canselor UniSZA bersama Pengarah INSPIRE, Timbalan Pengarah INSPIRE, felo-felo penyelidik INSPIRE serta pegawai institusi. Delegasi tersebut telah disambut oleh pihak pengurusan dan kurator Muzium Kesenian Islam Malaysia.
Pertemuan tersebut menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan akademik dan institusi warisan bagi memartabatkan khazanah Melayu Islam di peringkat nasional dan antarabangsa.
Antara cadangan kolaborasi yang dibincangkan termasuk penyelidikan bersama berkaitan manuskrip Melayu Islam, mushaf Nusantara, seni kaligrafi, artifak Islam serta warisan Alam Melayu. Kedua-dua pihak turut membincangkan penerbitan bersama melibatkan artikel jurnal, katalog ilmiah, monograf dan buku popular berkaitan warisan Islam.
Selain itu, kerjasama dalam aspek pendigitalan manuskrip, metadata koleksi, arkib digital dan pembangunan pameran maya turut menjadi fokus utama perbincangan. Usaha ini dilihat mampu memperluas akses masyarakat terhadap khazanah warisan Islam melalui penggunaan teknologi digital yang lebih sistematik dan lestari.
Pertemuan tersebut juga menyentuh cadangan pembangunan pameran bersama bertemakan seni, manuskrip dan tamadun Islam Alam Melayu, di samping pelaksanaan latihan kuratorial, konservasi manuskrip, dokumentasi artifak dan pengurusan pameran untuk penyelidik serta pelajar.
Dalam usaha memperkasa pendidikan dan pengembangan ilmu kepada masyarakat, kedua-dua institusi turut mencadangkan pembangunan modul pendidikan awam, lawatan akademik, gallery trail dan edutourism Islam. Program sangkutan penyelidik, staf dan pelajar UniSZA di MKIM juga dicadangkan bagi memberi pendedahan praktikal dalam pengurusan koleksi dan warisan Islam.
Di samping itu, perbincangan turut melibatkan permohonan geran penyelidikan, dana CSR dan pemeliharaan warisan Islam secara bersama serta pengukuhan kolaborasi pameran di dalam dan luar negara.
Kunjungan hormat ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada hubungan strategik yang lebih erat antara UniSZA dan Muzium Kesenian Islam Malaysia dalam usaha memelihara, mendokumentasi dan memperkenalkan khazanah warisan Islam kepada generasi akan datang.
 
699867508 1438299798098008 584616455640771417 N

699867508 1438299798098008 584616455640771417 N

700075002 1438299804764674 1101055125356095342 N

700075002 1438299804764674 1101055125356095342 N

700119121 1438299801431341 3173213848257348423 N

700119121 1438299801431341 3173213848257348423 N