Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), UniSZA dengan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Majlis Tertinggi Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa, Residen Siswa, dan Ketua Blok (JKPSRSKB) INASIS PETRONAS, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 6 Mei 2025 (Selasa).
Lawatan ini bertujuan untuk:
 
🤝 Mengukuhkan jaringan silaturrahim antara dua institusi
 
💡 Berkongsi idea dan amalan terbaik
 
📚 Menjalin kerjasama strategik dalam bidang kepimpinan dan pembangunan mahasiswa
 
🏛️ Meneroka keunikan INSPIRE sebagai pusat penyelidikan berteraskan tamadun Melayu Islam
Semoga lawatan ini membuka lebih banyak ruang kerjasama yang bermakna dan memberi manfaat bersama dalam memperkasa agenda pendidikan dan pembangunan mahasiswa!