
Seluruh Warga Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Islam (INSPIRE) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan TAHNIAH kepada
Prof. Madya Dr. Baharuddin bin Zainal
atas kejayaan merangkul Pingat Perak menerusi projek inovasi:
"Kompendium Falak Pramoden Malayonesia" (Kluster Pendidikan)
dalam Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI 2025) yang berlangsung pada 14–15 Mei 2025 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS) & Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua penyelidik dan pengkaji di INSPIRE untuk terus melakar kejayaan dalam bidang penyelidikan dan inovasi.