Pada 20 Mac 2014 (Khamis), Forum Isu Kalimah Allah telah diadakan di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin, Gong Badak. Forum ini telah dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE) bersama dengan Pusat Islam UniSZA. Forum ini bertujuan untuk memberi penerangan yang jelas dan tuntas tentang masalah penggunaan kalimah Allah di Malaysia dan mencari jalan penyelesaian dalam membentuk keharmonian di kalangan agama di Malaysia. Selain itu, forum ini juga dapat memberi lebih kefahaman kepada peserta berkenaan dengan isu tersebut apabila dikupas dengan lebih mendalam tanpa mengira latar belakang dan juga dapat menyelesaikan isu-isu semasa di dalam masyarakat dengan cepat dan berfakta.

 

Ahli Panel yang dijemput untuk forum ini adalah Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj. Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dato’ Noh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor. Majlis telah dimulakan pada jam 9.00 malam selepas solat Isyak dan tamat pada jam 11.00 malam. Majlis ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Yahaya Bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mohd Ekhwan Bin Toriman, Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof. Madya Dr. Nik Wan Omar, ketua-ketua Ptj serta masyarakat setempat.