Sesi Training of Trainer
14 Oktober 2024 (Isnin)
Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), UniSZA telah menganjurkan sesi Training of Trainer () untuk kakitangan RTIHiLS dan Perbadanan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dengan fokus kepada kaedah penyuntingan manuskrip digital. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kakitangan dalam proses penyuntingan yang melibatkan naskhah bertulisan tangan rekod dokumen sejarah dan berkaitan yang melibatkan teknik penyuntingan naskah secara teknikal dan substantif sesuai dengan piawaian penyuntingan antarabangsa.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha INSPIRE untuk memastikan pengurusan dan pendigitalan manuskrip, terutama manuskrip yang melibatkan sejarah dan warisan ulama Melayu-Islam, dapat dilaksanakan dengan lebih cekap. Inisiatif ini melibatkan kerjasama antara institusi dalam dan luar negara, termasuk dengan pihak yang terlibat dalam pengurusan manuskrip dan penerbitan akademik .
Pelatihan ini diharap akan membantu para peserta memahami lebih mendalam aspek penyuntingan yang efektif untuk memastikan kualiti tinggi dalam penerbitan akademik.