
Alor Star | 13 Okt 2024
Penyerahan Bahan Digital Manuskrip untuk Jabatan Mufti Negeri Kedah
Pihak Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) membuat penyerahan kandungan manuskrip yang telah didigitalkan. Bahan tersebut diserahkan kepada Timbalan Mufti Negeri Kedah Syeikh Marwazi Dziyauddin oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hasrul Shuhari.

Penyerahan ini dibuat berasaskan pada memorandum persefahaman yang telah ditandatangani pada 30 Julai 2024. Antara yang menjadi fokus utama kerjasama adalah dalam pendigitalan manuskrip, bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan.
Sesi penyerahan ini turut melibatkan perbincangan mengenai sambutan Jubli Perak Jabatan Mufti Negeri Kedah pada tahun 2025. Pihak INSPIRE, UniSZA bersedia memberikan kerjasama terhadap sambutan tersebut dengan memberi input terutama dalam konteks berkaitan manuskrip.