453496005 983389893578258 8286209163814691612 n 
 
30 Julai 2024 | Kuala Terengganu
 
  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS), Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, dan Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman bertempat di Menara A, Drawbridge Selatan Kuala Terengganu.
MoU ini telah ditandatangani oleh wakil agensi masing-masing iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor UniSZA), YBrs. Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri bin Md. Hussain (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa (Menjalankan Tugas Naib Canselor) UniSHAMS), YBrs. Encik Shahizan Affandi bin Zakaria (Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah), YBrs. Encik Suhaidi bin Shukri (Pengarah Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman), YBrs. Cik Khomzah binti Sheik Ahmad (Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Koleksi, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu), YBrs. Syeikh Mohd Firdaus bin Mohd Khalil (Ketua Penolong Mufti (Rujukan Fatwa) Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman).
Pemeteraian MoU ini yang diadakan bertujuan menjalinkan kerjasama dan kolaborasi antara UniSZA dengan agensi-agensi yang terlibat dalam Projek Pendigitalan Manuskrip UniSZA. Projek ini telah diambil inisiatif oleh UniSZA melalui Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) UniSZA bagi mendigitalkan keseluruhan manuskrip Melayu Islam dari dalam dan luar negara. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha bersama institusi-institusi tersebut untuk melindungi dan mempromosikan warisan intelektual dan budaya Islam, serta meningkatkan aksesibiliti bahan-bahan ilmiah kepada penyelidik dan orang awam melalui teknologi digital.
 
  Kementerian Pengajan Tinggi Malaysia telah memberikan amanat kepada UniSZA sebagai sebuah Pusat Rujukan Manuskrip Digital Kebangsaan Melayu Islam melalui Projek Pendigitalan Manuskrip UniSZA. Hasrat ini akan dilakukan bersama-sama kolebarasi dari dalam dan luar negara bagi mengumpulkan koleksi digital manuskrip Melayu Islam dalam satu tempat bagi pemeliharaan khazanah dunia daripada hilang.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Mohd Sabri bin Haron (Mufti Kerajaan Negeri Terengganu), Ahli Pengurusan Tertinggi UniSZA, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohamad Zaidin bin Mat@Mohamad (Pengarah INSPIRE) serta para pegawai kanan yang turut terlibat sama dalam majlis ini.
 
 
453296903 983389486911632 2087204413305717671 N
453432636 983390030244911 979550501728540851 N
453432855 983396003577647 4609267757930588769 N
453433488 983389903578257 4283926260129214367 N
453436052 983395613577686 2014436957157953027 N
453436536 983390583578189 4089124186478567474 N
453436971 983390733578174 2083581848519136167 N
453461255 983390683578179 4263862515800551746 N
453481184 983394410244473 2405589856545593617 N
453486539 983389680244946 8411162264758413412 N
453488272 983390100244904 8031406011236013309 N
453490015 983394770244437 3632523317585235173 N
453493203 983390550244859 3021300169923948731 N
453496005 983389893578258 8286209163814691612 N
453496011 983389493578298 8052393686771466804 N
453536433 983389570244957 3648706961140454343 N
453537623 983390516911529 6297968017941733471 N
453540663 983389776911603 7992337206414878724 N
453588806 983390083578239 5859990446560582619 N
453592994 983389923578255 1726851613851084235 N
453622497 983395476911033 4098200512593331160 N
453715144 983389690244945 6802706067576888675 N
453715149 983389983578249 325101809480509510 N
453721326 983389790244935 2509932479639957305 N