Kunjungan Delegasi UniSZA ke Mesyuarat Penyelarasan Memorandum Persefahaman (MoU) PNM dan UniSZA.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menerima kunjungan delegasi UniSZa yang diketuai oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) serta pasukan kerja Universiti Sultan Zainal Abidin - FB Rasmi melalui Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam - INSPIRE ke Mesyuarat Penyelarasan Memorandum Persefahaman (MoU) PNM dan UNISZA pada 13 Mei 2024 di Kuala Lumpur.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Katrun Nada Hj. Hashim, Pengarah Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat telah bersama menyemak status gerak kerja serta skop kerjasama yang telah dipersetuju dalam MOU yang telah ditandatangani pada 1 November 2023 di Terengganu. Selain itu, perbincangan mengenai pelan tindakan kerjasama yang telah, sedang dan akan dijalankan bagi tempoh jangka masa pendek dan jangka masa panjang juga telah disepakati.
Delegasi UniSZA juga berkesempatan mengadakan lawatan ke BKD, PKMM, PRMLN dan melihat demostrasi Dr. Buku oleh Bahagian Pemuliharaan. Moga usaha murni PNM dan UniSZA untuk memperkukuh, menggalak dan membangunkan kerjasama strategik penyelidikan serta perkongsian kepakaran dalam bidang kenegaraan, peradaban dan kesepaduan sosial ke arah membentuk masyarakat madani berteraskan perpaduan dalam kepelbagaian akan dapat direalisasikan sepenuhnya.