No photo description available.

 

Satu kunjungan hormat dan perbincangan bersama pengurusan tertinggi Arkib Negara Malaysia (ANM) telah diadakan pada 13 September 2023. Delegasi UniSZA telah diketuai oleh Naib Canselor, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Fadzli Adam. Beliau turut diringi oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof. Ts. Dr. Shukor Abd Razak, Pengarah INSPIRE, Prof. Madya Dr. Mohamad Zaidin dan Tim. Pengarah INSPIRE, iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Fatma Susilawati Mohamad.
Perbincangan ini dipengerusikan sendiri oleh Ketua Pengarah ANM, YBhg. Dato’ Jaafar Sidek bin Hj. Abdul Rahman dan turut melibatkan beberapa orang dari pengurusan tertinggi ANM. Objektif utama kunjungan tersebut adalah untuk membincangkan ruang kerjasama yang boleh dimainkan oleh kedua-dua pihak berkaitan projek pendigitalan manuskrip bagi mempastikan khazanah ilmu negara tetap terpelihara untuk tatapan generasi akan datang. Dalam kunjungan singkat tersebut, delegasi UniSZA juga berpeluang melihat dan mencuba sendiri kaedah penjagaan dan pengurusan manuskrip yang terdapat dalam simpanan ANM.
 
No photo description available.
 
Pihak UniSZA berharap usahasama bersama Arkib Negara Malaysia akan dapat memberikan impak yang positif dalam usaha menjadikan UniSZA sebagai pusat rujukan kebangsaan manuskrip digital negara pada masa hadapan.
 
No photo description available.