May be an image of 4 people and text
 
Pada 19 hingga 22 November 2023 lepas, kerja-kerja penjejakkan dan pendigitalan manuskrip berkaitan Ulama Alam Melayu di Kedah yang merupakan sub projek ke 7 di bawah Projek Pendigitalan Manuskrip (PPM) UniSZA. Gerak kerja yang bermula di Jabatan Mufti Kedah, Perpustakaan Negeri Kedah dan Muzium Negeri Kedah selain melibatkan beberapa individu seperti waris sejarawan Kedah Allahyarham Dato’ Wan Shamsuddin dan Tuan Guru Syeikh Wan Izzudin, Pondok Gajah Mati yang mempunyai beberapa koleksi berkaitan dengan Ulama Alam Melayu telah dilakukan.
Kumpulan penyelidik yang telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hasrul bin Shuhari, Dr. Hanif bin Md Lateh @ Junid, Dr. Muhammad Rashidi bin Wahab dan ahli penyelidik bersekutu, Dr. Farid Mat Zin (UKM). Sewaktu lawatan tersebut, kumpulan penyelidik turut melakukan penjejakkan sumber di Galeri Ulama Kedah milik Ustaz Tengku Yusuff dan Galeri Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah (Pondok Pak Ya). Gerak kerja pasukan penyelidik serta dua ahli kumpulan teknikal telah berjaya menjalankan kerja-kerja pengimbasan manuskrip
berkaitan Ulama Alam Melayu dan telah mendigitalkan sebanyak 69 naskhah (3987 halaman).
 
May be an image of 3 people, dais and text
 
Pengarah INSPIRE, Prof. Madya Dr. Mohamad Zaidin bin Mat@Mohamad yang turut serta dalam kumpulan tersebut telah mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan selain memperincikan skop kerjasama yang boleh dilaksanakan.
Pihak INSPIRE berharap dengan kerjasama seperti ini akan dapat melancarkan lagi kerja-kerja penjejakan dan pendigitalan manuskrip dan seterusnya menjadikan UniSZA berada di landasan yang terbaik dalam memelihara khazanah negara demi tatapan generasi akan datang.
 
May be an image of 4 people, children's toy and text