INSPIRE DAN PUSTAKA KHAZANAH FATHANIYAH MEMETERAI PERJANJIAN PENDIGITALAN MANUSKRIP

 

May be an image of 12 people and text

Universiti Sultan Zainal Abidin melalui Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) hari ini telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) berkaitan pendigitalan manuskrip Koleksi Pustaka Khazanah Fathaniyah bertempat di UniSZA Kampus Putrajaya. Koleksi manuskrip serta dokumen berkaitan ulama dan kesultanan Melayu tersebut yang dianggarkan melebihi 2000 nashkah akan didigitalkan oleh kumpulan penyelidik INSPIRE secepat mungkin.
 
Majlis menandatangani MoU tersebut diketuai oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Fadzli Adam bersama Timbalan Naib Canselor Penyelidkan dan Inovasi, Prof. Ts. Dr. Shukor Abdul Razak turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi UniSZA yang lain seperti Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Zuhairah Abd Ghadas, Bendahari UniSZA, Encik Suhaili Mohd, Pengarah Pusat Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i), Prof. Madya Ts. Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin, Pengarah INSPIRE, Prof. Madya Dr. Mohamad Zaidin Mat@Mohamad, Timbalan Pengarah INSPIRE, Prof. Madya Ts. Dr. Fatma Susilawati Mohamad dan lain-lain. Manakala pihak Pustaka Khazanah Fathaniyah pula diwakili oleh Cik Wan Jumanatun Nailiah Wan Muh Syahrir, Penjaga Koleksi Pustaka Khazanah Fathaniyah bersama Encik Abd Halim Muhamed, Setiausaha Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara (PENGKAJI), Pustaka Khazanah Fathaniyah.
 
May be an image of 2 people and text
 
MoU ini merupakan susulan perbincangan kerjasama yang telah dilakukan antara INSPIRE dan Pustaka Khazanah Fathaniyah di pejabat Pustaka Khazanah Fathaniyah di Kuala Lumpur pada 25 Januari yang lalu. Perbincangan tersebut diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bersama Timbalan Pengarah INSPIRE serta dua (2) penyelidik INSPIRE telah berjaya mendapat persetujuan awal untuk mendigitalkan koleksi manuskrip Pustaka Khazanah Fathaniyah yang dianggarkan sebanyak 2000 nashkah. Kerjasama ini diharap dapat membuka pintu ke arah banyak lagi peluang kerjasama yang lain terutamanya dalam bidang pengkajian manuskrip antara kedua pihak bagi manfaat generasi kini dan akan datang.