166823338 220771536506768 2461326693509825486 n
 
Satu lawatan perbincangan kerjasama antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah diadakan di UniSZA Kampus Gong Badak pada 4 Julai 2023 (Selasa). Lawatan ini dihadiri oleh Tuan Haji Md Johari bin Hasan, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Encik M Azahari bin Edin, Ketua Editor Bahagian Buku Umum DBP, Puan Naimah binti Yusof, Ketua Bahagian Multimedia DBP, Encik Mohd Fadzli bin Tajuid, Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi DBP, Puan Ariza binti Che Ismail, Pengarah DBP Wilayah Timur, Puan Sylee Riza binti Arif, Ketua bahagian Dasar dan Perancangan Strategik DBP, dan Puan Ana Suhana binti Zainuddin, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik DBP. Pembentangan cadangan projek/program kerjasama yang terkini dibentangkan kepada pihak DBP bagi melihat semula hal-hal yang berkaitan dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak.
 
167174259 220771579840097 7392850915098659537 n
166584406 220772183173370 5020140851737336041 n
168769536 220771943173394 7697757901846700450 n
 
167174259 220771579840097 7392850915098659537 n
166584406 220772183173370 5020140851737336041 n
168769536 220771943173394 7697757901846700450 n