65e94594-90b6-42dd-9058-df0a42fbd2a3

 
 
 
 
 
PERBINCANGAN KAJIAN PENDIGITALAN DAN PENGKATALOGAN MANUSKRIP KOLEKSI PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH UNIVERSITI SULTAN ZAINAL
ABIDIN
 
Perbincangan antara INSPIRE, UniSZA bersama Perpustakaan Al-Wathiqu Billah pada 1 Ogos 2022 (Isnin) yang diwakili oleh Pengarah INSPIRE Profesor Madya Dr. Adel M Abdul Aziz Al-Geriani, Encik Muhammad Hafiy bin Abd Malek, Pegawai Penyelidik dan Encik Mohamad Risham bin Wahab, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat telah diadakan bersama pihak Perpustakaan Al-Wathiqu Billah yang diketuai oleh Puan Norulhuda binti Makhtar selaku Ketua Pustakawan, Encik Idris bin Jamalludin, Pustakawan dan Puan Rosnorzaini binti Rusli, Pustakawan 
 
Tujuan lawatan ini diadakan bagi membincangkan langkah kerjasama yang boleh dilakukan berkaitan kajian pendigitalan dan pengkatalogan manuskrip koleksi Perpustakaan Al-Wathiqu Billah.
 
Lawatan pada pagi itu telah membuahkan beberapa cadangan dan tindakan bagi memperkukuhkan lagi dari sudut penyelidikan, pemuliharaan, pengkatalogan dan perkhidmatan terhadap manuskrip simpanan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA.
 
Diharapkan dengan kerjasama yang baik ini dapat memberikan manfaat kepada para sarjana dan masyarakat awam tentang kepentingan untuk menghargai khazanah yang ada dalam negara ini.

 d8eb8de1-2fc8-4f89-bb2b-bdbf94b117da