BENGKEL ASAS FILOLOGI KAJIAN MANUSKRIP
Pihak INSPIRE telah mengadakan Bengkel Asas Filologi Manuskrip kepada wakil setiap Sub-projek Pendigitalan Manuskrip UniSZA. Program ini diwakili oleh setiap ketua sub-projek dan seorang ahli.
Bengkel ini diadakan sepertimana berikut :
Tarikh : 18 Mac hingga 20 Mac 2021 (Khamis - Sabtu)
Tempat : Delima Bay Resort, Pulau Redang
Perasmi : Prof. Madya Dr. Adel M Abdulaziz Algeriani,
Pengarah INSPIRE.
Bengkel ini telah mencapai objektif untuk memberi pendedahan kepada penyelidik berkenaan asas filologi dan penerangan tentang kepentingan pendokumentasian manuskrip. Ia juga bertujuan membina satu templat deskripsi lengkap bagi manuskrip akan akan diguna pakai secara seragam oleh penyelidik.
Semua peserta telah diberikan pendedahan dan perkongsian pengalaman dari 2 orang Felo Penyelidik dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM iaitu Dr. Junanini Kasdan dan Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria.